Ranking universiti hanya panduan, bukan matlamat terpenting - Zambry

Iklan
Zamry pada sidang akhbar Majlis Peluncuran Sekretariat Pemikir Muda Negara(Pemikir) di Institut Kepimpinan dan Pembangunan Universiti Teknologi Mara, Bandar Enstek.

Meletakkan ranking sesebuah universiti bukanlah menjadi satu matlamat terpenting sebaliknya hanya sebagai panduan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berpendapat, untuk menjadikan sesebuah universiti itu hebat atau ternama perlu dilihat secara keseluruhannya.

Iklan
Iklan

"Jadi saya menganggap bahawa ranking ini hanyalah panduan dan ia bukanlah akhirnya menjadi satu matlamat terpenting dalam sebuah universiti itu.

"Ini kerana untuk menjadikan sebuah universiti itu hebat dan ternama ia juga merangkumi dari segi kedudukan pengajiannya, sistem pengajiannya, kualiti pengajiannya, pensyarahnya dan juga penerbitannya," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran Sekretariat Pemikir Muda Negara(Pemikir) di Institut Kepimpinan dan Pembangunan Universiti Teknologi Mara, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan pada Rabu.

Bagaimanapun Zambry berkata, dengan adanya ranking ia dapat memberikan perspektif baharu kepada pelajar dari negara-negara yang mahu datang belajar di negara ini.

Iklan

"Tentunya, mesti ada penanda aras bagi universiti-universiti kita. Tetapi itu bukanlah semata-mata kriteria untuk menjadikan sebuah universiti itu universiti yang hebat kerana kita perlukan satu ekosistem keseluruhannya," katanya.

Ditanya sama ada KPT bercadang membuat peraturan tertentu bagi mencegah perbuatan buli di universiti seperti mana di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM), beliau berkata, untuk membuat keputusan itu ia memerlukan penilaian secara menyeluruh.

Bagaimanapun Zambry meminta semua universiti memandang serius kes-kes berkaitan buli sekiranya dilaporkan.

"Kita kena buat penilaian secara menyeluruh, kita tidak boleh hanya kata kena buat itu kerana laporan lengkap dan juga langkah-langkah kehadapan itu perlu dilengkapi dengan melihat kesemua aspek.

"Sehingga setakat ini kita belum dapat apa-apa kes-kes yang terkait dengan UPMN di universiti-universiti lain dan saya juga ingin ingatkan supaya perkara sama (buli) tidak berlaku di universiti lain," katanya.