Sekolah rendah di Delhi ditutup kerana pencemaran udara kritikal

Iklan

Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.

Udara di wilayah Delhi menjadi semakin toksik setiap kali musim sejuk berikutan pembakaran jerami di negeri-negeri sekitar Delhi, asap pengangkutan dan industri, pembakaran terbuka sisa buangan serta habuk dari tapak pembinaan.

Iklan
Iklan

Pada Khamis, indeks kualiti udara (AQI) Delhi mencecah lebih 430, melebihi tahap yang dianggap selamat untuk kesihatan manusia.

"Disebabkan peningkatan tahap pencemaran, semua sekolah rendah di Delhi akan beralih ke kelas dalam talian sehingga diberitahu kelak," kata Ketua Menteri Delhi, Atishi Marlena dalam hantaran di X.

Iklan

Kualiti udara di bandar itu merosot dengan mendadak bulan ini meskipun terdapat langkah-langkah seperti larangan mercun dan had ke atas aktiviti pembinaan.

Ramai yang menyambut perayaan Deepavali tahun ini masih melanggar larangan mercun yang memburukkan lagi tahap pencemaran udara.

Iklan

Kanak-kanak lebih terdedah apabila penyakit pernafasan dan kardiovaskular meningkat di Delhi serta wilayah di ibu negara yang merangkumi bandar-bandar seperti Gurugram, Faridabad, Noida dan Ghaziabad. - Bernama