RM3 juta kepada 618 siswazah penerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama di Negeri Sembilan

Iklan
Aminuddin (tengah) bergambar bersama para graduan yang diraikan pada majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan.

Yayasan Negeri Sembilan (YNS) memperuntukkan lebih RM3 juta, kepada 618 siswazah penerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, daripada jumlah itu RM850,000 diperuntukan bagi siri keempat Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan 2024 melibatkan 170 penerima, dengan setiap siswazah cemerlang itu menerima insentif RM 5,000 seorang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata peningkatan siswazah kelahiran Johor yang cemerlang itu jelas menggambarkan kualiti dan kompetensi sumber manusia anak-anak negeri ini, yang bakal memberikan manfaat kepada masa depan negara.

"Pendidikan adalah agenda utama dalam melahirkan anak-anak negeri cemerlang dalam akademik serta cerdas dalam aspek karakter atau akhlak," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Yayasan Negeri Sembilan siri keempat di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin.

Iklan

Aminuddin berkata, anugerah ini bukan sekadar pendorong atau pengiktirafan tetapi merupakan penggerak dan peneraju kepada perubahan positif dalam membudayakan kecemerlangan dalam kehidupan bermasyarakat.

Iklan

"Bagi mereka yang telah habis belajar diharap dapat menyumbang bakti dengan menjadi sukarelawan YNS membantu perkembangan pendidikan anak-anak di negeri yang masih memerlukan sokongan dan bimbingan kita semua," katanya.

Aminuddin (dua dari kanan) menyampaikan Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan kepada pasangan adik beradik Siti Nurhaziqah (dua dari kiri) dan Siti Nur Farhana (kanan).

Sementara itu, Siti Nurhaziqah Hamid, 27, dan adiknya Siti Nurfahana, 25, merupakan antara dua beradik penerima siswazah cemerlang kelas pertama.

Kedua-dua pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor Bahru ini melahirkan rasa syukur dan gembira apabila menerima insentif istimewa buat pertama kalinya.

"Inisiatif sebegini bukan sahaja memberi penghargaan kepada kecemerlangan akademik, tetapi juga membuka peluang kepada pelajar untuk merasai sokongan langsung terhadap usaha mereka.

"Anugerah seperti ini pastinya menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha lebih gigih mencapai kejayaan," kata Siti Nurfahana, anak bongsu daripada empat beradik itu. - Bernama