Sempat belanja keluarga makan sehari sebelum meninggal, kisah pilu graduan UniKL dan alumni MRSM

Iklan
Ibu dan bapa Allahyarham Muhammad Alif Haaiman Syahrizal Fadly ketika Majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Ke-21.

Setiap ibu bapa pastinya ingin melihat kejayaan si anak, lebih-lebih lagi dalam bidang akademik dengan menggenggam segulung ijazah yang membuktikan kemampuan mereka untuk membanggakan keluarga.

Namun, semua itu hanyalah impian buat ibu dan bapa Allahyarham Muhammad Alif Haaiman Syahrizal Fadly yang perlu tabah menggantikan tempat mengambil segulung ijazah ketika Majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Ke-21.

Iklan
Iklan

Allahyarham merupakan graduan bidang kejuruteraan mekanikal di UniKL Malaysia France Institute telah meninggal dunia akibat kemalangan pada bulan lalu.

Difahamkan, Allahyarham yang baru sahaja menamatkan pengajian telah bekerja sambilan sempat berkongsi rezeki hasil gaji pertama untuk keluarga.

Iklan

"Along tolong bayarkan makanan buat kali terakhir,” antara pesanan Allahyarham sehari sebelum kejadian kemalangan seperti yang diceritakan oleh Syahrizal Fadly (bapa), 45, dan Syafina Yusoff (ibu), 43, dengan linangan air mata.

Menurutnya, Muhammad Alif Haaiman, 23, merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik memiliki sifat seorang anak yang baik, tenang dan sentiasa menjadi contoh kepada adiknya dalam bidang akademik.

Iklan

"Alif Haaiman masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jeli kemudian ditawarkan ke MRSM Pengkalan Chepa dan berpindah ke MRSM Tun Ghafar Baba serta berjaya memperoleh keputusan SPM 8A 1B.

"Selepas mendapat keputusan SPM, arwah telah masuk ke Kolej Mara Kuala Nerang sebelum melanjutkan pengajian ke UniKL.

"Sebelum kejadian kemalangan jalan raya, arwah ada meminta izin dan temankan dia sekali keluar pergi jogging di Putrajaya pada waktu malam. Tetapi, saya tidak dapat menemani arwah pada masa itu.

"Kemudian, saya dimaklumkan kejadian kemalangan berlaku lebih kurang pukul 10 malam dan saya menerima panggilan daripada pihak Hospital Serdang pada pukul 12.30 malam." tambahnya lagi.

Ketika itu, Muhammad Alif Haaiman telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah di bahagian kepala hingga koma selama 12 hari.

Dia bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir pada 10 Oktober lalu.

Ibu dan bapanya tetap berbangga akan kejayaan yang dicapai oleh Allahyarham yang sangat luar biasa.

Perasaan hiba turut dirasai oleh para graduan dan ibu bapa yang hadir dalam Majlis Konvokesyen UniKL Ke-21 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat dan ditempatkan Muhammad Alif Haaiman dalam kalangan roh orang-orang beriman. Didoakan juga agar keluarganya tabah untuk meneruskan kehidupan.