‘Bersih jenazah dia, tiada darah pun kecuali di dagu, seperti cedera ringan’ - Saksi kongsi keadaan guru al-Quran yang maut kemalangan

Iklan
Kemalangan maut melibatkan Ustaz Muaz (gambar kecil) mengundang sebak warga maya.

"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."

Kongsi saksi kejadian kemalangan maut seorang guru al-Quran dikenali Ustaz Muaz Abdullah pada Selasa.

Iklan
Iklan

Beliau (saksi) yang juga seorang ‘runner’ menceritakan keadaan tersebut kepada ayah Allahyarham sejurus mengangkat jasad Ustaz Muaz di lokasi kejadian.

Menerusi hantaran di Facebook oleh kakak mangsa, Hajar Abdullah, beberapa saksi lain turut berkongsi situasi kemalangan Ustaz Muaz.

Iklan

"Kata mereka (orang-orang yang sempat menyaksikan), Allahyarham seperti sedang tidur dan kematiannya mudah serta cepat sahaja ‘pergi’.

"Ada juga yang berkongsi dan memaklumkan yang ini kali pertama mereka menyaksikan kemalangan tidak berdarah walaupun berlaku hentaman kuat," tulis Hajar di Facebook.

Iklan

Catat Hajar lagi, kemalangan membabitkan adiknya itu sama sekali tidak diketahui sehinggalah dia terbaca satu hantaran di Facebook komuniti Batu Pahat yang memaklumkan insiden berkenaan.

"Kata adik kedua, dia (Muaz) baru lepas syahadahkan pelajar tahfiz sebelum kejadian berlaku. Rutin kehidupan hariannya pula hanya dipenuhi dengan mengajar al-Quran kepada anak-anak murid.

"Ketika di Jabatan Forensik, Hospital Batu Pahat, saya berpeluang lihat muka arwah. Benarlah kata ‘runner’ tadi, muka adik (Muaz) bersih.

"Adik...moga syurga buatmu. Pengakhiran kau baik dik. Tenanglah kau di alam sana. Insya-ALLAH, kita bertemu lagi. I’m here, I don’t even know what is my ending. Kerana mati tu sekali sahaja,” catat Hajar.

Sementara itu, Sinar Bestari meninjau ke ruangan komen di Facebook kakak kepada Ustaz Muaz.

Terlalu ramai yang sebak dan tersentuh dengan pemergian Ustaz Muaz dalam usianya yang masih muda.

Rahmah Yaakob: Innalilahi wa inna Ilaihi Raji’un. Salam takziah buat Hajar dan keluarga. Kehilangan yang mengejut, I know how it's feel. Sedih, kita yang ditinggalkan namun penawarnya bila kita syukuri pemergiannya dalam husnul khotimah, dalam membuat kebaikan.

Fidaie Al Archery: Saya sebagai sahabat arwah. Satu madrasah dengan arwah (2014) dulu...bersaksi yang arwah seorang yang sangat-sangat baik dan penuh pengabdian pada al-Quran. Semoga syahid buatmu sahabat.

Sam-Unik Shamsiah: Allahuakbar, saya tak sanggup baca sampai habis. Seperti saya yang pergi dahulu. Didoakan diberi syurga Firdaus tanpa hisab dan pengampunan hingga ke syurga

Nurdiyana Masri: Innalilahi wa inna Ilaihi Raji’un. Mudah mudahan ALLAH bahagiakan jiwanya di alam barzakh, aamiin Ya Allah Ya Wadud Ya Rauf.

Syazz Syazwani: Salam takziah Hajar. Pulangnya kepada rahmat ALLAH. Pulangnya dalam kebaikan. Kuatlah bersama keluarga menghadapi ujian berat ini. ALLAH sedang mengangkat darjatmu sekeluarga kepada yang paling tinggi. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diampunkan dosa.

Nur Nadiah: Innalilahi wa inna Ilaihi Raji’un. Salam takziah awak. Kematian yang dicemburui. Memang sedih kehilangan orang yang tersayang, tapi bila kita ingatkan cara kematiannya yang Masya-ALLAH hebat, kelak kita akan tersenyum kerana dia pergi menghadap Ilahi dalam keadaan Tuhannya reda. Insya-ALLAH. Semoga kita kelak dapat juga merasa kematian yang husnul khatimah hendaknya.

Mohamad Ezuwan: Salam takziah untuk akak sekeluarga. Kami satu group GBB amat-amat terasa atas kehilangan arwah ustaz, ustaz memang orang yang baik sangat. Dia juga yang iring kami dari Selangor ketika pulang dari Mersing. Insan yang baik, hormat orang dan lembut ketika bercakap. Syurga buat arwah Ustaz Muaz.