Kajian tindakan tidak serumit disangka: 15 cara praktikal tanpa bebankan guru!

Iklan
Hakikatnya, kajian tindakan boleh dibuat secara ringkas, praktikal dan berasaskan masalah sebenar yang kita hadapi setiap hari di bilik darjah. Gambar kecil: Ustaz Quszaini

Bila sebut kajian tindakan, ramai guru terus bayangkan penulisan panjang, istilah akademik dan fail tebal yang memakan masa. Sebab itu, ramai yang rasa kajian tindakan sekadar beban tambahan, bukan alat bantu PdP.

Hakikatnya, kajian tindakan boleh dibuat secara ringkas, praktikal dan berasaskan masalah sebenar yang kita hadapi setiap hari di bilik darjah. Tidak perlu ayat bombastik, kajian besar-besaran namun yang penting, ada usaha refleksi dan penambahbaikan untuk murid.

Iklan
Iklan

Atas kesedaran itu, Guru Bahasa Arab, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasukan Polis Hutan, Ipoh, Perak, Ustaz Quszaini Abd Manan berkongsi 15 cara mudah yang boleh dijadikan panduan guru untuk melaksanakan kajian tindakan tanpa menambah tekanan kerja sedia ada.

1) Kaedah 1

Iklan
  • Memulakan kajian dengan mengenal pasti masalah sebenar yang berlaku dalam bilik darjah. Masalah ini mestilah yang kerap dihadapi oleh guru dan memberi kesan langsung terhadap PdP. Contohnya, murid kurang fokus semasa sesi hafazan atau tidak menunjukkan adab yang baik ketika guru mengajar.

2) Kaedah 2

  • Memfokuskan kajian kepada satu masalah sahaja. Penumpuan kepada satu isu membolehkan guru merancang intervensi yang lebih terarah dan memudahkan proses pengumpulan serta analisis data.

3) Kaedah 3

Iklan
  • Menekankan penggunaan bahasa yang mudah dan jelas dalam penulisan kajian tindakan. Guru tidak perlu menggunakan istilah akademik yang kompleks kerana tujuan utama kajian tindakan ialah perkongsian amalan terbaik dan refleksi kendiri.

4) Kaedah 4

  • Menggunakan data ringkas tetapi konsisten. Antara data yang sesuai digunakan ialah senarai semak pemerhatian, lembaran kerja murid, rekod kehadiran dan temu bual ringkas bersama murid.

5) Kaedah 5

  • Memastikan intervensi yang dirancang bersifat realistik dan mudah dilaksanakan. Intervensi terlalu kompleks berisiko untuk gagal dilaksanakan sepenuhnya dalam situasi sebenar sekolah.

6) Kaedah 6

  • Menegaskan kepentingan pengambilan data pra dan pasca intervensi bagi membolehkan perbandingan dibuat secara jelas dan sistematik.

7) Kaedah 7

  • Penggunaan jadual dan graf mudah untuk memaparkan dapatan kajian. Paparan visual membantu pembaca memahami perubahan yang berlaku dengan lebih jelas.

8) Kaedah 8

  • Pemilihan kumpulan sasaran bersesuaian. Kajian tindakan tidak memerlukan sampel yang besar, memadai dengan satu kelas atau sekumpulan kecil murid.

9) Kaedah 9

  • Menekankan kepentingan refleksi jujur. Guru perlu berani mengakui kelemahan intervensi yang dijalankan serta mencadangkan penambahbaikan.

10) Kaedah 10

  • Mengaitkan dapatan kajian dengan pembangunan sahsiah dan nilai murni murid khususnya dalam konteks Pendidikan Islam.

11) Kaedah 11

  • Penggunaan rujukan yang relevan tetapi tidak berlebihan. Rujukan daripada dokumen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), buku pedagogi dan artikel pendidikan sudah memadai.

12) Kaedah 12

  • Menggunakan format kajian tindakan yang standard bagi memudahkan proses semakan dan penilaian.

13) Kaedah 13

  • Menekankan penulisan secara konsisten dan berperingkat agar kajian dapat disiapkan tanpa tekanan.

14) Kaedah 14

  • Berkongsi dapatan kajian tindakan dengan rakan guru bagi mewujudkan budaya pembelajaran profesional di sekolah.

15) Kaedah 15

  • Meniatkan kajian tindakan sebagai satu ibadah ilmu yang bertujuan membantu murid dan memperbaiki diri sebagai pendidik.