PSA kumpul pakaian terpakai untuk dikitar semula, bakal agih kepada mangsa banjir

Iklan
Sebahagian pakaian terpakai yang berjaya dikumpul menerusi Program Pengumpulan Pakaian.

Hampir 800 kilogram pakaian terpakai berjaya dikumpul menerusi Program Pengumpulan Pakaian Terpakai anjuran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor.

Kesemua pakaian yang dikumpulkan sepanjang seminggu kempen itu berlangsung akan dihantar ke kilang yang menguruskan pakaian terpakai sekali gus sebagai persediaan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Iklan
Iklan

Menurut Pengarah PSA, Zainah Rujihan, inisiatif tersebut merupakan satu usaha murni yang dijalankan bersama SmartGreen, Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Puspanita PSA dan Pelitawanis Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertujuan memupuk kesedaran tentang pentingnya amalan kitar semula serta menyokong inisiatif kelestarian alam.

"Setiap tahun industri fesyen menghasilkan berjuta-juta ton pakaian. Namun malangnya, sebahagian besar daripada pakaian ini berakhir di tempat pelupusan sampah.

Iklan

"Tindakan berkenaan bukan sahaja suatu pembaziran malah memberi kesan yang besar terhadap alam sekitar," katanya semasa berucap dalam majlis yang diadakan di Anjung Bestari, PSA.

Hadir sama Timbalan Pengerusi 1 Pelitawanis TNB Cawangan Glenmarie, Fareeza Osman; Timbalan Pengerusi 2 Pelitawanis TNB Cawangan Glenmarie, Razana Razak; Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts Dr Ahmad Aftas Azman dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts Mohd Firdauz Mhd Radzi.

Iklan

Sementara itu, Fareeza berkata, inisatif (amalan kitar semula) tersebut secara tidak langsung menyokong Agenda Kelestarian dan aktiviti Environmental, Social and Governance (ESG) serta memperkukuhkan hubungan erat antara Pelitawanis TNB dengan komuniti setempat termasuk institusi pendidikan seperti PSA.