“Nak jadi apa bila besar nanti?” - Ucapan graduan UPSI suntik rasa bangga

Iklan

"Nak jadi apa ya bila besar nanti?”

Itu antara bait-bait kata yang dilontarkan oleh wakil graduan, Nurul Farhanis Ahamad ketika Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ke-26 sesi tiga di Dewan Tuanku Canselor UPSI.

Iklan
Iklan

Menerusi satu hantaran video dimuat naik di TikTok yang memaparkan Nurul Farhanis ketika berucap, ternyata menyuntik rasa bangga bukan sahaja dalam kalangan graduan, malah warga maya dimana rata-ratanya kagum dengan persediaan ucapan serta lunak suara yang dilontarkan.

Kata Nurul Farhanis, soalan ‘hendak jadi apa bila besar nanti’ sering ditanya ketika kita masih kecil, namun apabila sudah menginjak dewasa ia dilihat stres untuk dijawab.

Iklan

"Apabila dewasa soalan ini stres untuk dijawab dan tahu minat serta merancang masa depan.

"Namun perasan atau tidak sepanjang mencari jawapan tersebut kita sebenarnya sudah mendapat jawapannya. Saat kita memilih untuk menjadi seorang yang berguna, mampu memberi impak positif kepada semua dan menjadi seorang yang melihat peluang berbanding masalah.

Iklan

"Melihat kepada perspektif ini, ia seolah-olah menentukan siapa kita sebenarnya dan membuat saya terfikir bahawa soalan sebenar yang perlu ditanya bukan apa kita nak jadi tetapi siapa kita nak jadi apabila besar nanti,” katanya.

Tambah graduan yang bergiat aktif di bawah Fakulti Sains dan Matematik itu, perubahan soalan tersebut mampu mengubah dan membentuk nilai diri yang mampu mengawal dunia.

Ujarnya lagi, kemajuan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat memberi impak yang besar dalam membentuk ketamadunan manusia.

"Kepantasan kemajuan teknologi, peralihan landskap industri dan cabang global yang menunggu untuk membantai kita (para graduan) ktia menggerunkan.

"Namun dalam pada cabaran itu, di situlah peluang yang terhidang buat kita. Kini, kita sedang berdiri di ambang masa depan sedang mendepani dunia yang senantiasa berubah-ubah.

"Dunia perlukan kita yang tidak gerun untuk berdepan dengan cabaran. Ayuh, kita hadapi dengan penuh keyakinan. Orang kata biar santai walaupun terbantai,” katanya lagi.

Mengakhiri ucapan itu, Nurul Farhanis sempat ‘menghadiahkan’ bait-bait lagu Laskar Pelangi nyanyi daripada kumpulan negara seberang, Nidji yang liriknya amat dekat dalam dunia pendidikan.