Demam peperiksaan kembali, 400 pelajar sertai Program Smart Jawab SPM 2024

Iklan
Antara pelajar yang menyertai Program Smart Jawab SPM 2024 di Dewan Maktab Sabah, Kota Kinabalu.

Seramai 400 pelajar dari lapan sekolah menengah di bawah Parlimen Putatan, Sabah yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai Program Smart Jawab SPM 2024.

Program yang dilaksanakan secara tahunan itu, sebagai usaha membantu pelajar yang akan menduduki SPM supaya mengoptimumkan markah dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, program ini juga mendedahkan pelajar mengenai teknik dalam menjawab soalan SPM nanti.

"Kadang-kadang dalam menjawab satu soalan, mereka tahu jawapannya betul tetapi untuk sampai kejawapan betul itu mungkin ada langkah-langkah yang mereka terlepas pandang. Contohnya sekiranya maksimum markah yang sepatutnya diperoleh adalah 10, hanya dapat dalam tujuh atau lapan begitu.

Iklan

"Jadi apabila ada teknik menjawab ini, setidak-tidaknya mereka boleh dapat maksimum," katanya selepas merasmikan program itu di Dewan Maktab Sabah, Kota Kinabalu pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, pihaknya berharap program seumpama ini memberi impak yang positif kepada pelajar yang menyertainya.

Iklan

"Dengan adanya guru-guru penceramah yang juga merupakan guru kertas peperiksaan memberi ceramah tentang teknik-teknik menjawab, maka pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat seterusnya boleh mengoptimumkan cara menjawab dan memperoleh markah semaksimum yang boleh pada peperiksaan nanti.

"Sejak program ini dilaksanakan, respons dan keputusan secara keseluruhannya adalah positif. Ramai pelajar yang telah mengikuti Smart Jawab memberi maklum balas kepada kami bahawa ia sangat membantu," katanya.