Perhatian, lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM!

Iklan
Sejumlah 18,907 calon di Terengganu akan menduduki SPM bermula 2 Disember ini hingga 6 Februari tahun depan. (Gambar hiasan)

Sebanyak lapan buah sekolah di tiga daerah dalam Terengganu dikenal pasti berisiko terjejas banjir ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung.SPM

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong berkata, empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam dan SMK Bukit Mentok.

Iklan
Iklan

Selain itu, SMK Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Berang dan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di Hulu Terengganu.

"Di Kuala Nerus, pusat peperiksaan SPM yang berisiko ialah di SMK Padang Kemunting," katanya ketika dihubungi Bernama.

Iklan

Jelani berkata, sebanyak 18,907 calon di Terengganu akan menduduki SPM bermula 2 Disember ini hingga 6 Februari tahun depan.

Beliau berkata, JPNT telah menyediakan pelan alternatif untuk memastikan calon di pusat peperiksaan berisiko itu dapat menduduki peperiksaan mengikut jadual.

Iklan

"Kita telah menyediakan pelan untuk pemindahan calon SPM ke sekolah berdekatan sekiranya berlaku banjir.

"Langkah berjaga-jaga juga diambil sekiranya bangunan sekolah atau laluan ke sekolah dinaiki air ketika peperiksaan," katanya.