Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hussein yang terletak di Arau, Perlis antara sekolah yang terjejas akibat banjir ketika ini.
Menerusi perkongsian beberapa gambar di Facebook PerlisAktif pada Khamis, kelihatan limpahan air hujan sudah memasuki pekarangan sekolah dan para pelajar perlu mengharungi banjir itu untuk ke tempat selamat.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa agar semua pelajar dan komuniti di Perlis dalam keadaan ‘baik-baik’ sahaja.
Mona Zulmona: Ya ALLAH, dugaan kepada anak-anak yang nak menduduki exam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) minggu depan. Semoga anak-anak jaga diri dan jaga kesihatan. Insya-ALLAH segalanya dipermudahkan.
Nysa Khamis: ALLAH, kesiannya. Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak pada minggu peperiksaan SPM nanti.
Zainuddin Hasan: Hati-hati pelajar dan guru.
PerlisAktif: SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau air bah masuk kawasan sekolah.
Iman Myra II: Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu. (Surah Hud, Ayat 44). Permudahkanlah segala urusan mangsa banjir. Aamiin.
Nur Sarah Nasuha: Semoga dipermudahkan urusan yang terlibat. Moga tak ada kejadian tidak baik berlaku. Hati-hati air dalam. Jaga anak-anak kecil baik-baik, itu yang paling penting.