Kreativiti, bakat mahasiswa diangkat dalam Festival FESSH UPTM 2024

Iklan

Fakulti Pendidikan, Sains Sosial & Kemanusiaan (FESSH), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) berjaya menganjurkan Drama Festival FESSH UPTM 2024 dengan kerjasama Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi.

Acara yang bermula 22 hingga 24 November lalu di Dewan Besar KPTM Bangi, menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 penonton setiap hari. Bertemakan The Cadence of Modernity, festival ini mengetengahkan isu-isu semasa melalui seni persembahan moden.

Iklan
Iklan

Festival ini melibatkan seramai 207 orang pelajar UPTM dari dua program fakulti iaitu Bachelor of Arts (Hons) in Applied English Language Studies dan Bachelor of Early Childhood Education (Honours).

Para pelajar ini mengikuti kursus Advanced Drama in ESL, Language for The Arts dan Creative Writing, membentuk empat produksi utama iaitu Dilettante, Stellar, M.U.S.E Theatre Co, dan Ambrosia, yang mempersembahkan drama penuh inspirasi seperti Kismis: Raisin’ Hell, Ashes, Alisa’s Homecoming, dan Digital Symphony.

Iklan

Selain itu, bacaan puisi oleh enam pelajar kursus Creative Writing turut memukau penonton, sekali gus menambah variasi dalam program.

Iklan

Sementara itu, penyelaras festival yang juga wakil penasihat drama, Nur Hafizatul Ain Ponidin berkata, festival ini bertujuan menghasilkan graduan yang bukan sahaja berkemahiran tinggi dalam seni persembahan tetapi juga memperkasa kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi dan kerjasama antara pelajar.

"Tema The Cadence of Modernity berjaya menggali cabaran dunia moden dengan pendekatan seni yang penuh kreativiti dan inovasi, memberikan perspektif baru tentang realiti semasa.

"Drama Festival FESSH UPTM 2024 membuktikan bahawa seni persembahan mampu menjadi medium pendidikan yang dinamik di mana ia bukan sahaja menghibur tetapi juga menyemai nilai kebudayaan dan memupuk kemahiran berfikir kritis dalam kalangan mahasiswa," katanya.

Majlis penutup dirasmikan oleh Naib Canselor UPTM, Profesor Madya Dr Sharifah Syahirah Sy Sheikh yang turut diiringi Pengarah KPTM Bangi, Ku Mohd Akhir Ku Saad.

Acara ini juga diserikan lagi dengan kehadiran kolaborator utama festival, Muhammad Fidzri Syafiq Abu Kasim dari Starwalt Creativa serta Presiden Persatuan Teater Malaysia, Sakrani Shamsuddin.

Hadir sama ialah Dekan Fakulti, Dr Sangeeth Ramalingam; Timbalan Dekan Fakulti, Dr Nur Ilyani Idris dan ahli pengurusan tertinggi KPTM Bangi, termasuk Timbalan Pengarah Akademik, Azwana Abdul Rahman; Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Zuraidah Muhidin serta Ketua Jabatan Bahasa, Mohamed Ismail Abdul Kader.