Jadualkan semula SPM luar musim tengkujuh - KGMMB

Iklan
KPM dicadang menjadualkan semula peperiksaan SPM luar musim tengkujuh seperti mana dilakukan sewaktu pandemik Covid-19. Foto hiasan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadang menjadualkan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) luar musim tengkujuh seperti mana dilakukan sewaktu pandemik Covid-19 iaitu pada Mac.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Juhari Mohamad Nor berkata, langkah itu bagi memastikan pelajar lebih bersedia dan tidak terganggu sepanjang mengambil peperiksaan tersebut.

Iklan
Iklan

"Penangguhan peperiksaan pada musim tengkujuh dapat membantu dalam menyediakan peralatan dan suasana kondusif kepada pelajar dan guru.

"Jika keadaan semasa masih lagi buruk, lebih elok kita tangguhkan SPM untuk memberi ruang kepada calon supaya mereka tidak tertekan memikirkan keselamatan diri dan keluarga,” katanya pada Isnin.

Iklan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Isnin berkata, kementeriannya akan mempertimbangkan cadangan peperiksaan SPM dilaksanakan di luar musim tengkujuh.

Ujar beliau, pihaknya mengambil perhatian terhadap maklum balas yang diterima berkait jadual SPM pada hujung tahun sekali gus berdepan dengan keadaan cuaca hujan dan banjir.

Iklan

Juhari berpandangan, guru-guru tidak berdepan sebarang masalah dengan penangguhan SPM kerana telah membuat persediaan awal dalam pelbagai aspek termasuk set soalan.