Fadhlina
Fadhlina

SPM anjak luar musim tengkujuh? 'Kami akan mempertimbangkan cadangan ini' - Fadhlina

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
02 Dec 2024 02:20pm

Orang ramai meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempertimbangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjak ke luar musim tengkujuh.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil perhatian dengan cadangan masyarakat tentang jadual SPM yang sering berdepan dengan musim hujan dan banjir.

"Kami akan melihat dan mempertimbangkan cadangan terbabit.

"Ketika ini memang jadualnya begitu iaitu di hujung tahun dan kita berdepan dengan cuaca hujan," katanya ketika sesi lawatan kerja di daerah Pasir Mas, Kelantan pada Isnin.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp