Naib Canselor UTeM diiktiraf 10 personaliti terbaik Asia

Iklan
Massila (tengah) menerima Anugerah Personaliti Pendidikan Transfomartif Cemerlang peringkat Asia sempena Top Asia Corporate Ball 2024.

Top Asia Corporate Ball 2024 menganugerahkan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Professor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin dengan Anugerah Personaliti Pendidikan Transfomartif Cemerlang peringkat Asia pada Selasa.

Kejayaan itu secara tidak langsung meletakkan beliau sebagai 10 personaliti terbaik Asia berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan media UTeM, pencapaian Massila dalam pendidikan khususnya ketika memimpin UTeM cukup dikagumi ramai.

"Beliau berjaya menerajui universiti dengan baik dan mencipta kejayaan berantaian dalam pelbagai dimensi.

Iklan

"Secara peribadi, Anugerah Personaliti Pendidikan Transfomartif Cemerlang peringkat Asia adalah anugerah ketiga yang dimenangi beliau pada tahun ini.

"Dua pengiktirafan lagi iaitu Anugerah Personaliti Cemerlang Malaysia (Kepimpinan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia Education & TVET Awards dan World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award dalam World Women Economic & Business Summit (WWEBS) turut diberikan kepada Massila,” maklum kenyataan itu.

Massila membawa pulang trofi dan sijil menerusi kemenangan beliau dalam Top Asia Corporate Ball 2024.

Iklan

UTeM berkata, rangkaian anugerah yang diterima telah menyerlahkan kredibiliti Massila sebagai wanita berkaliber dalam bidang kepimpinan

"Beliau telah mempamerkan kualiti kepimpinan dinamik terbaik sepanjang kariernya sebagai tunggak utama di universiti TVET terbaik di Malaysia.

"Massila turut menyerlah sebagai ikon yang komited menggalas amanah negara dalam menggerakkan pemerkasaan TVET di kalangan wanita dengan menjayakan program Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) secara komprehensif.

"Pada masa sama, beliau turut diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan Pengerusi Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC), Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT)," ujar UTeM.

Terdahulu, Top Asia Corporat Ball 2024 merupakan acara tahunan berprestij yang mengiktiraf syarikat-syarikat, pemimpin industri, pendidikan dan tokoh masyarakat terkemuka dari seluruh Asia untuk diraikan kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariam Zaharah Sultan Iskandar telah menyampaikan anugerah kepada Massila dan barisan penerima anugerah lain.

Selain Massila, UTeM turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Ir Dr Ghazali Omar; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif; Penolong Naib Canselor Strategik dan Kelestarian Global; Profesor Madya Mohd Rahimi Yusoff dan Pengarah Pusat Hubungan Strategik Korporat dan Global, Hazman Hasib bagi meraikan kejayaan Naib Canselor mereka.