Motor jadi saksi graduan lelaki ini bersiap sendirian demi majlis konvokesyen. Hebatnya kamu, dik!

Iklan
Graduan UPM berseorangan membuat persediaan demi menghadiri majlis konvokesyennya. Foto: Facebook Universiti Putra Malaysia

Baru-baru ini, Sinar Bestari memuat naik beberapa keping gambar berkenaan seorang graduan lelaki sedang bersiap seorang diri demi menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-48.

Dalam gambar yang dipetik menerusi Facebook Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, kelihatan sebuah motor yang ‘setia’ menemani ‘tuannya’ memakai jubah konvokesyen dan aksesori berkaitan.

"Lensa kamera kami merakam momen yang penuh makna. Seorang graduan bersiap di sisi motornya, dibantu dengan penuh ikhlas oleh petugas universiti.

Iklan
Iklan

"Semangat dan tekadnya menjadi inspirasi, mengingatkan kita bahawa kejayaan adalah hasil usaha tanpa henti.

"Dalam perjalanan ini, tangan-tangan kasih sentiasa hadir menghulur bantuan. Tahniah, hari ini adalah milikmu," catat UPM.

Foto: Facebook Universiti Putra Malaysia

Iklan

Selain menyaksikan gelagat graduan peringkat ijazah sarjana bersiap, warga maya melahirkan penghargaan dan terima kasih mereka kepada petugas-petugas yang membantu pemuda terbabit.

"Terima kasih kepada dua petugas yang telah menghampiri graduan ini dan membantu membetulkan persalinan jubah pemuda berkenaan supaya tampak lebih kemas."

Iklan

"Terbaik petugas konvo UPM En Azlan Saufi dan En Fazlihan."

"Semoga En Azlan Saufi & En Fazlihan...ALLAH kurniakan segala kasih sayang, kebaikan dan dirahmati selalu. Semoga adik berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan masa depan."

Foto: Facebook Universiti Putra Malaysia

Sementara itu, warganet tidak ketinggalan menitipkan kata-kata semangat kepada anak muda tersebut.

Umie Na: Tahniah dik. Sebak rasa seketika. Mungkin keluarga tak dapat nak datang raikan bersama kerana sebab yang tertentu. Tapi kau hebat dik. Hari bersejarah bagimu kau raikan dengan caramu yang termampu. Semoga kau berjaya dunia akhirat.

Siti Siti: Alhamdullillah. Semoga anak ini berjaya dunia dan akhirat. Semoga ALLAH sentiasa melindungi dia dari segala keburukan dunia dan juga akhirat.

Rohaida Abas: Tahniah. Orang-orang seperti dalam foto ini biasanya akan memaknakan anugerah ALLAH kepadanya dengan sebaik mungkin kerana dia merasai betapa sukarnya menggenggam sebuah kejayaan dan perjalanan mengejar cita-cita. Semoga kehidupan masa depanmu penuh warna-warna gemilang.

Foto: Facebook Universiti Putra Malaysia

Saleha Ishak: Tahniah dik, kejayaan tak mengenal darjat atau keturunan yang penting usaha kental, semangat jitu dan tekad mengubah masa depan. Tahniah, Master kot, bukan calang-calang.

Salamah Sulaiman: Masya-ALLAH. Tiada keluarga di sisi. Moga ALLAH permudahkan perjalanan hidupmu. Aamiin