Calon SPM meninggal dunia akibat strok. ‘Dia pelajar cemerlang, pernah raih 10A 1B dalam peperiksaan percubaan’ - Ayah

Iklan
Calon SPM 2024 (gambar kecil) mengalami pendarahan otak sehingga menyebabkan kematian yang tidak dijangka.

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 meninggal dunia akibat strok, menurut laporan China Press.

Mangsa yang ‘pergi’ sehari sebelum SPM bermula 2 Disember lalu, mengalami pendarahan otak sehingga menyebabkan kematian yang tidak dijangka.

Iklan
Iklan

Menurut bapa mangsa, Shen Kang Xiang, anaknya mengadu sakit kepala yang teruk di rumah pada malam Ahad sebelum pengsan selepas itu.

"Saya segera membawa anak ke klinik berhampiran di mana ketika itu keadaannya stabil sebelum dipindahkan ke Hospital Batu Pahat, Johor.

Iklan

"Doktor mendapati saluran darah ke otak pecah menyebabkan anak mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan berada dalam keadaan koma," katanya.

Mengulas lanjut, Kang Xiang berkata, kesihatan anaknya semakin merosot walaupun doktor sudah melakukan usaha yang terbaik dan kemudiannya mengesahkan dia meninggal dunia.

Iklan

Sementara itu, Kang Xiang berkongsi mengenai sakit kepala anaknya yang disangka tertekan akibat peperiksaan SPM semakin hampir.

Bagaimanapun katanya, imbasan perubatan mendedahkan anaknya mengalami pendarahan otak.

"Dia seorang anak yang patuh dan berbudi pekerti selain cemerlang dalam pelajaran.

"Buktinya, dia mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM dengan memperoleh 10A dan 1B," ujarnya sedih.