'Kiri kanan ada mak ayah, tapi aku hanya bawa sekeping gambar ibu' - Luahan hati calon SPM undang sebak

Iklan
Pengguna Threads, hniazhrr hanya membawa sekeping gambar ibu semasa majlis restu ilmu. Allahuakbar, sedihnya!

Luluh hati penulis tatkala membaca satu hantaran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 di Threads baru-baru ini.

Catatan mengenai ‘sekeping gambar ibu’ pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya, akan menitiskan air mata tanpa disedari.

Iklan
Iklan

"Hari ini sekolah aku buat majlis restu ilmu untuk peperiksaan SPM. Semua orang bawa ibu bapa ke sekolah...tapi aku mampu bawa sekeping gambar sahaja. Al-Fatihah untuk ibu," tulis hniazhrr di Threads.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dengan apa yang terjadi kepada pelajar Tingkatan Lima ini.

Iklan

hajaraishah789: Good luck girl. Kami kat sini boleh jadi ibu awak. Tak sama macam yang asal tapi kami pun nak kongsi doa biar awak berjaya dunia akhirat. Jawab SPM betul-betul. Jangan lupa jaga solat dan baca al-Quran selalu. Insya-ALLAH doa seorang ibu dan ibu-ibu yang lain mengiringi langkah kamu dik.

adit.rahim: Salam, Hani. Uncle sekeluarga doakan Hani diberi kemudahan dalam belajar, menjawab soalan peperiksaan, mencapai kecemerlangan dan kejayaan dunia akhirat. Semoga setiap dugaan dunia membuatkan Hani lebih tekad untuk berjaya dan bangkit lebih kuat. Doa Uncle sekeluarga untuk ibu Hani jua.

Iklan

mamayan75: Be strong anak. Always keep stronger. ALLAH akan jaga you and all your families. Emak you tunggu doa dari anaknya yang solehah.

missjvliana: All the best dear. Teacher doakan semoga dipermudahkan semua urusan awak sebelum, semasa dan selepas peperiksaan ya.

nik.fauziah_: Moga ALLAH terangkan hati, lapangkan fikiran, tajamkan ingatan dan berikan kefahaman untuk menjawab soalan peperiksaan. Insya-ALLAH berjaya anakanda.

efa_azlifah: Awak insan terpilih. Semoga awak kuat dan berjaya dunia akhirat.