"Hutang wajib dibayar!” tegas Pengerusi Majlis Amanah Raya (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook yang merujuk kepada semua peminjam Mara.
Menurutnya, mereka tidak perlu merayu kerana beliau tiada hak untuk melupuskan hutang peminjam.
"Saya menjaga amanah wang rakyat di bawah Mara, bakal dipersoalkan ALLAH kelak!” katanya lagi.
Asyraf Wajdi turut menegaskan kewangan yang diberikan kepada penuntut itu merupakan wang rakyat.
Beliau berkata, pelajar yang sudah menamatkan pengajian culas membayar hutang walaupun ada kontrak yang dimeterai merupakan pinjaman bukan sedekah.
"Apatah lagi jika sengaja tidak mahu bayar sedangkan berkemampuan dan bermewahan,” ujarnya.
Tidak dilupakan juga luahan daripada pelajar yang menyatakan mereka lebih memerlukan bantuan kewangan daripada institusi berkenaan.
Bagi pemilik akaun Edy Sukasma, dia mengakui ramai mahasiswa yang lebih memerlukan bantuan tersebut.
Selain itu, pengguna media sosial tersebut, Siti Hajar Aladin mencadangkan untuk Asyraf Wajdi menapis lebih mendalam bagi setiap permohonan.
Malah, bagi Lyana Pura pula, Mara dinasihatkan untuk menyemak pegawai atau pengarah yang meluluskan pinjaman kepada usahawan.
Ia berikutan ramai yang meminjam dengan jumlah atau skala besar, namun tidak bertanggungjawab sehingga ‘terlupa’ membayarnya.