Sabah lepasi 50 peratus pelajar cenderung STEM

Iklan
Mohd Arifin dalam majlis penyerahan kalkulator saintifik di SICC pada Jumaat.

Sabah berjaya melepasi lebih 50 peratus pelajar cenderung dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah membuat statistik secara umum iaitu kira-kira 50 peratus pelajar kecenderungan mereka dalam aliran STEM.

Iklan
Iklan

"Jumlah ini dalam bidang yang umum tapi kita juga ingin bidang yang khusus atau disebut STEM 1 atau sains tulen, ini yang perlu kita gerakkan dan masih tahap lebih kurang di bawah 30 peratus," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pada majlis penyerahan kalkulator saintifik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Jumaat.

Mohd Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, walaupun dalam STEM ada kategorinya namun ia tetap memberi manfaat kepada pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Iklan

"Kita harap dengan program yang berterusan bersama beberapa pihak termasuk Petronas dan JPNS dengan mengadakan karnival di seluruh daerah dan kita naikkan peruntukan untuk mengadakan festival STEM di seluruh daerah," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap sasaran untuk meningkat lagi kecenderungan pelajar dalam aliran STEM akan berterusan.

Iklan

"Kita tidak juga berada di tempat yang rendah, namun ini satu perkembangan yang sangat baik dan saya mengucapkan syabas kepada JPNS kerana menggerakkan usaha memperkasa STEM dengan bantuan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) serta sokongan daripada institusi termasuk Petronas," katanya.