Bersempena meraikan budaya kecemerlangan dalam kalangan para graduan, Majlis Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-34 menyaksikan seramai 2,447 graduan daripada 126 program pengajian menerima skrol pengajian masing-masing di Dewan Canselor MSU di sini.
Acara membabitkan empat sidang bermula pada 7 dan 8 Disember lalu, menyaksikan seramai 35 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (65), Sarjana Muda (1,596) dan Diploma (751).
Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE) melahirkan graduan dengan program terbanyak iaitu 28 pengajian manakala Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP), menyumbang bilangan kohort terbesar, seramai 677 graduan.
Turut diraikan ialah graduan sulung pengajian Master in International Event Management, Bachelor in Halal Quality Assurance (Hons), Bachelor in Occupational Safety and Health (Hons), Bachelor in Information Management (Hons) dan Bachelor in Environmental Health (Hons).
Hadir menyempurnakan majlis ialah Canselor MSU, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
Turut hadir, Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid, ahli lembaga universiti dan pengurusan kanan universiti.
Sejumlah lima kategori anugerah khas kecemerlangan diberikan kepada 53 graduan yang menerima hadiah sumbangan Yayasan MSU.
Mereka ialah penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Che Ku Nur Afiqah Che Ku Hashim daripada Bachelor in Culinary Arts (Hons); Anugerah Presiden, Hariharan Vathemurthy (Bachelor in Forensic Science (Hons)) dan Kiong Wei Yi, Diploma in Ophthalmic Dispensing.
Sementara itu, Mohd Shukri Yajid Outstanding Award menjadi milik graduan Bachelor in Outdoor Recreation Management (Hons), Eizah Eriyana Suzare serta Lifelong Learning Award diserahkan kepada Chung Hwee Lian (Diploma in Games Design and Animation).
Rakan industri terlibat dalam Anugerah Industri itu ialah Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, Association of Chartered
Certified Accountants (ACCA), Affin Bank Berhad, MSU Medical Centre, Bank Rakyat, AIA Bhd, MBSB Bhd, Mega Fortris Sdn Bhd, Salient Information Sdn Bhd, Noor Arfa Services Sdn Bhd, Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd, Betelcare Sdn Bhd, Nelson’s Franchise (M) Sdn Bhd, Beststar Travel Centre Sdn Bhd, Goodscience Sdn Bhd, Pharmaniaga Berhad, Reka Teemor Sdn Bhd, Travel Dynamics (M) Sdn Bhd serta EMGA (Malaysia) Sdn Bhd.