Nama UMT tercalar gara-gara kes pukul. 'Kami tidak dapat mengulas lanjut, namun bersedia beri kerjasama'

Iklan
12 penuntut UMT direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar berusia 20 tahun di kolej kediaman Ahad lalu. Foto: Sinar Harian 12 penuntut UMT direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar berusia 20 tahun di kolej kediaman Ahad lalu. Foto: Sinar Harian
12 penuntut UMT direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar berusia 20 tahun di kolej kediaman Ahad lalu. Foto: Sinar Harian

Nama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi bualan ramai apabila tularnya kejadian pukul secara bergilir-gilir membabitkan 12 penuntut universiti itu.

Kes dikatakan berlaku di sebuah kolej kediaman UMT dan suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 22 tahun telah memukul mangsa menggunakan objek tumpul.

Iklan
Iklan

Pejabat Komunikasi Korporat UMT dalam kenyataan media pada Rabu memaklumkan, pihaknya menzahirkan rasa dukacita dan memandang serius berhubung insiden berkenaan.

"Kami (UMT) mengesahkan terdapat laporan salah laku pelajar yang dibuat kepada pihak polis pada Selasa.

Iklan

"Pihak universiti tidak dapat mengulas lebih lanjut, namun bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dan menunggu hasil siasatan.

"Pada masa sama, UMT juga sedang menjalankan siasatan dalaman dan menegaskan bahawa setiap pelajar hendaklah sentiasa mematuhi Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Terengganu (Tatatertib Pelajar) 2024,” ujar kenyataan itu.

Iklan

Sebagai sebuah universiti berkepentingan awam, UMT berkata, mereka sentiasa berusaha memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan pelajar terpelihara serta tidak dikompromikan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail dilaporkan berkata, kesemua suspek lelaki telah ditahan di institut pengajian tinggi (IPT) berkenaan, 6 petang Selasa.

Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan lebam dan kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek tumpul pada lengan kiri dan kanan, pinggang sebelah kanan, dada, bahagian perut dan kaki kanan mangsa.

Ujarnya, senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dirampas manakala kesemua penuntut itu direman hingga Sabtu untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.