Rumah terbakar: Dua beradik terima bantuan, kembali bersemangat duduki STPM & SPM

Iklan
Mohamad Lutfi (kiri) dan abangnya memilih kelengkapan sekolah mereka.

Nasib dua beradik masing-masing calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sebelum ini berdepan musibah selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Seri Jaya, Skudai, Johor Bahru, Johor pada Jumaat malam, mendapat perhatian pengurusan sebuah pasar raya.

Mohamad Akmal Muqri Mohamad Farok, 20, dan adiknya, Mohamad Lutfi Mohamad Farok, 18, menerima bantuan barangan kelengkapan persekolahan daripada pengurusan sebuah pasar raya berkenaan pada Ahad.

Iklan
Iklan

Mohamad Lutfi berkata, bantuan itu memberikan semangat untuknya meneruskan peperiksaan SPM.

"Alhamdulillah, dengan bantuan ini saya rasa bersemangat untuk teruskan peperiksaan SPM.

Iklan

"Terima kasih kerana sudi membantu kami sekeluarga. Saya pun tak sangka boleh kembali bersemangat macam ini, sebab sejak kejadian kebakaran berkenaan saya sangat buntu memikirkan nasib kami sekeluarga," katanya.

Mohamad Lutfi berkata demikian ketika ditemui di sebuah pasar raya yang menawarkan bantuan barangan kelengkapan pembelajaran dan persekolahan kedua-dua beradik berkenaan.

Iklan

Untuk rekod, kebakaran yang dipercayai berlaku sekitar jam 9.40 malam itu turut memusnahkan hampir kesemua peralatan pembelajaran dua beradik berkenaan termasuk pakaian sekolah.

Sementara itu, Mohamad Akmal Muqri juga mengakui bantuan tersebut menaikkan semangatnya untuk mengharungi peperiksaan STPM Selasa ini.

"Saya mulanya sedih kerana banyak kelengkapan sekolah hangus namun bantuan ini memberikan semangat untuk terus menduduki peperiksaan," katanya.

WARTAWAN: SHAHRIZAL AHMAD ZAINI