Teleperubatan asah pemikiran kritikal mahasiswa

Iklan
KPJU memastikan pelajarnya tidak hanya menerima pendidikan bertaraf tinggi tetapi juga pengalaman pembelajaran holistik yang melengkapkan mereka untuk bersaing dalam industri penjagaan kesihatan yang pesat berkembang.

Teleperubatan, salah satu bidang yang semakin berkembang dalam dunia perubatan moden, merujuk kepada penggunaan teknologi komunikasi untuk memberikan rawatan kesihatan secara jarak jauh.

Dalam era globalisasi ini, pendekatan ini semakin relevan, terutama untuk menangani cabaran seperti pandemik global dan kekurangan akses kepada perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar.

Iklan
Iklan

Menurut Dekan Fakulti Kejururawatan KPJU, Profesor Madya Dr Nurul Fariza Mohd Mustafa, KPJU komited memperkukuh pengalaman pembelajaran pelajarnya melalui inisiatif teknologi terkini yang selaras dengan keperluan pendidikan moden.

Beliau menjelaskan bahawa sistem pembelajaran bersepadu (LMS) yang digunakan KPJU membolehkan pelajar mengakses modul pembelajaran, video interaktif, dan kuiz dalam talian dengan mudah.

Iklan

"Pelajar turut terlibatdalam pelbagai kajian fakulti, termasuk dalam bidang teleperubatan, penjagaan kesihatan komuniti, dan inovasi rawatan.

"Penglibatan ini secara tidak langsung mengasah pemikiran kritikal dan kemahiran analitik mereka,” katanya.

Iklan

Melalui pendekatan ini, KPJU memastikan pelajarnya tidak hanya menerima pendidikan bertaraf tinggi tetapi juga pengalaman pembelajaran holistik yang melengkapkan mereka untuk bersaing dalam industri penjagaan kesihatan yang pesat berkembang.

Ketika ditanya mengenai kelebihan Fakulti Kejururawatan KPJU berbanding institusi lain yang menawarkan subjek serupa, Dr Nurul Fariza menekankan bahawa fakulti itu memiliki keunikan tersendiri yang memperkukuhkan reputasi KPJU sebagai institusi pendidikan unggul yang melahirkan graduan berdaya saing dan berkualiti tinggi.

Antara kelebihan itu adalah peluang latihan klinikal di lebih 30 hospital pakar di bawah rangkaian KPJ Healthcare Berhad dan juga peralatan hospital paling moden yang disediakan untuk pembelajaran di universiti.

"Latihan klinikal ini memberi peluang kepada pelajar untuk menghadapi pelbagai situasi klinikal yang mencerminkan cabaran sebenar dalam industri penjagaan kesihatan.

"Mereka juga mendapat tunjuk ajar daripada jururawat pakar dan profesional kesihatan yang diiktiraf, memastikan pengalaman praktikal yang memenuhi piawaian industri,” tambahnya.