Universiti Taylor melakar sejarah baharu dalam dunia pendidikan apabila secara rasmi melancarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan Gunaan (Kepujian) bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap profesional berkemahiran.
Mengambil pendekatan yang lebih holistik, ia menawarkan empat bidang pengkhususan utama yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendalami dan meneroka pelbagai cabang ilmu.
Keempat-empat pengkhususan itu adalah genetik, embriologi, neurosains dan pemakanan.
Bagi pengajian genetik, bidang itu memfokuskan pemahaman asas genetik penyakit dan kemajuan dalam teknologi, manakala untuk embriologi pula mendalami perkembangan embrionik serta teknologi reproduksi canggih.
Selain itu, mahasiswa boleh meneroka kompleksiti otak manusia, termasuk laluan saraf, hubungan tingkah laku otak dan gangguan neurologi bagi subjek neurosains.
Pengkhususan pemakanan pula mengutamakan kajian terhadap kesan diet untuk kesihatan, metabolisme dan strategi bagi pencegahan penyakit.
Kewujudan Program Sains Kesihatan Gunaan ini bertujuan mempersiapkan generasi pelapis mengatasi cabaran kesihatan yang mendesak termasuk peningkatan penyakit berjangkit, tidak berjangkit, populasi masyarakat menua dan pertambahan penekanan ke atas perkhidmatan kesihatan mental.
Dekan Eksekutif Fakulti Kesihatan dan Sains Perubatan Taylor’s University, Profesor Dr PT Thomas berkata, dengan adanya bidang baharu itu, ia boleh memberi inspirasi kepada mahasiswa untuk mencari pekerjaan yang diinovasi dengan serius.
"Dengan populasi yang semakin meningkat, bukan sahaja di negara kita, tetapi juga di seluruh dunia ini akan diikuti dengan keperluan yang semakin tinggi untuk perkhidmatan kesihatan.
"Mahasiswa ini adalah pengguna yang sangat penting untuk perkhidmatan kesihatan.
"Oleh itu, potensi kepada pelajar-pelajar kita sangat besar,” katanya.
Selain itu, program yang diwujudkan diselaraskan dengan dasar-dasar utama termasuk Kertas Putih Kesihatan Malaysia dan Polisi Kebangsaan bagi Kualiti di dalam Penjagaan Kesihatan 2022 hingga 2026.
Secara tidak langsung, ia melengkapkan graduan untuk menyumbang kepada kelestarian penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit dan inovasi polisi.

Thomas memberikan ucapan sekali gus melancarkan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan Gunaan (Kepujian) di Universiti Taylor.

Iklan
Iklan