Seorang kanak-kanak lelaki autisme, 7, dilaporkan hilang berhampiran kediamannya di Taman Tunku Tabor, Jalan Gangsa, Alor Setar pada Jumaat petang.
Adik Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle ditemukan di tebing Sungai Kedah dengan pakaian dan kasut ditinggalkan di tepi longkang.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari rumah keluarganya di taman perumahan berkenaan.
Menurutnya, pihak polis menerima laporan kehilangan mangsa pada 5.40 petang Jumaat.
"Ibu kanak-kanak ini menyedari kehilangannya pada 4.30 petang. Susulan laporan itu, usaha mengesan mangsa bermula 6 petang membabitkan kekuatan 30 anggota.
"Pencarian awalnya di kawasan sekitar perumahan dan darat serta pesisir sungai itu,” katanya.
Tambah Siti Nor Salawati, anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar melakukan pencarian bermula 7.45 pagi tadi sebelum menemukan jasad mangsa 27 minit kemudian.
Katanya, anggota polis ternampak tangan mangsa sebelum berjaya memegangnya untuk dibawa naik ke tebing sungai.
"Mangsa ditemukan lemas dalam keadaan tidak berpakaian dan jasadnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat," katanya.
TAMAT