Tun M kongsi kebaikan belajar Sains, Matematik guna bahasa Inggeris

Iklan
Dr Mahathir
Pembelajaran subjek Sains dan Matematik tidak boleh menggunakan bahasa Melayu disebabkan banyak perkara baharu yang boleh dipelajari setiap hari.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia berikutan mata pelajaran itu akan berubah-ubah mengikut penyelidikan yang dilaksanakan.

"Jika kita mahu belajar Geografi dan Sejarah dalam bahasa (Melayu), itu boleh kerana kedua-duanya tak berubah.

"Jika perang dilakukan pada tahun itu, ia tetap berlaku tahun itu. Tetapi, dalam Sains setiap hari, penyelidikan membawa pengetahuan baharu.

"Dan pengetahuan baharu datang kepada kita bukan dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Inggeris,” katanya dalam satu podcast 'The Game of Impossible'.

Tun M ketika podcast 'The Game of Impossible'.
Iklan
Iklan


Tambah beliau yang lebih mesra dipanggil Tun M, tiada mana-mana pihak yang sanggup menterjemah penggunaan kata kunci bagi Sains dan Matematik.

Menurutnya, jika pembelajaran itu menggunakan bahasa tempatan, ia pasti menyukarkan pengetahuan tersebut.

"Jika kita mahu menunggu penerjemah, siapa yang akan melakukan penerjemah?

"Orang perlu belajar dalam Bahasa Melayu, belajar dalam Bahasa Inggeris, dan tahu tentang subjek ini.

"Kita tak dapat jumpa ramai orang yang buat begitu, jadi, jika kita belajar dalam Bahasa Inggeris, kita ada akses langsung kepada penemuan terbaru dalam bidang saintifik,” katanya.
Iklan
Iklan