Pelajar MSU pamer kreativiti, inovasi melalui iReX 18.0

Iklan
Mohd Shukri (empat dari kiri) sewaktu menyaksikan permeteraian MoU MSU FISE bersama lima rakan strategik baharu di Shah Alam, baru-baru ini.

Membawa pendekatan signifikan ke arah memupuk kerjasama antara akademia dan industri, Management and Science University (MSU) melalui Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE) mengorak setapak langkah lagi.

Ia membabitkan permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lima rakan indutri melibatkan AZR Technologies Sdn Bhd, SRKK Technology Sdn Bhd, Ensign InfoSecurity (Malaysia) Sdn Bhd, Todak Studios dan Fariz Gaskin Technologies di kampus induk MSU, Shah Alam, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Majlis bersejarah buat universiti itu dihadiri oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Dekan FISE, Professor Dr Adam Amril Jaharadak, wakil-wakil rakan industri yang terlibat dan para pelajar.

Usaha itu menandakan pencapaian penting bagi MSU dan rakan industri terlibat dalam mengukuhkan komitmen bagi meningkatkan perkongsian pengetahuan dan kepakaran, pembangunan pelajar, kerjasama penyelidikan serta memupuk kerjasama lain dalam aspek latihan praktikal, simposium, persidangan dan kursus pendek.

Iklan

Majlis itu turut diadakan bersempena penganjuran edisi ke-18 Ideas Regeneration Expo (iReX) yang dianjurkan FISE sebagai platform khas kepada para pelajar tahun akhir mempamerkan inovasi dan projek tahun akhir mereka kepada warga kampus, industri dan komuniti setempat.

Untuk rekod, seramai 222 pelajar tahun akhir dari pelbagai program ijazah sarjana muda terlibat dalam iReX 18.0, di mana 20 orang daripada mereka telah dipilih sebagai penerima anugerah khas.

Iklan

FISE menawarkan pelbagai program pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan diploma melalui Jabatan Media Science & Graphic, Jabatan Engineering & Technology dan Jabatan Information Sciences & Computing.