8 penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar terlibat dalam kemalangan

Iklan
Antara mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Foto: Facebook EME pada Ahad.

Seramai lapan mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir terlibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan rehlah ke Port Said pada Sabtu.

Mereka yang terlibat terdiri daripada Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi, Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon.

Iklan
Iklan

Menurut Education Malaysia Egypt (EME), tiga daripada mereka iaitu Muhammad Zafri, Muhammad Sulhi dan Muhammad Rais Zafran ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital.

Manakala lima penuntut lagi mengalami luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Iklan

Ujar EME, Setiausaha Pertama (Pendidikan) EME, Ahmad Salehuddin Shafie dan Muhammad Nazirul Mubin Abdul Rahman, telah bergegas ke Hospital As Salam Port Said untuk melihat sendiri keadaan mahasiswa yang terlibat.

"Insiden ini turut mendapat perhatian pihak Universiti Al-Azhar apabila mereka menghantar pegawai dari Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Mahasiswi) Port Said, Dr Syaima Amir Al Bana, Dr Fauziyah Muhallal, Dr Ahmad Al Sudani dan Madam Syaima' Al Huseini.

Salah seorang mahasiswa Malaysia yang mendapat rawatan di hospital.

Iklan

"Ia bertujuan membantu rawatan para pelajar seterusnya memudah cara pengurusan bersama pihak hospital,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Sementara itu, EME berkata, tiga pelajar yang dirawat dalam wad telah selamat dibawa ke Hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan lanjut.

"EME mendoakan agar kesemua pelajar yang terlibat akan sembuh seperti sedia kala dan diberikan kekuatan sepanjang perawatan.

"EME juga menasihatkan para pelajar agar sentiasa berhati-hati dan waspada dalam menjalankan sebarang aktiviti agar terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.