KPT bantu & pantau lapan penuntut Malaysia terbabit nahas di Port Said, Mesir

Iklan
KPT menerusi kenyataan media pada Selasa memaklumkan, mereka sentiasa mengikuti secara rapat situasi berkenaan melalui KLN. Foto: Facebook EMM

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membantu dan memantau perkembangan terkini lapan mahasiswa Malaysia dari Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Kaherah ke Port Said, Mesir baru-baru ini.

KPT menerusi kenyataan media pada Selasa memaklumkan, mereka sentiasa mengikuti secara rapat situasi berkenaan melalui Kementerian Luar Negeri (KLN).

Iklan
Iklan

"Kementerian melalui Pejabat Education Malaysia Mesir (EMM) memantau perkembangan semasa pelajar yang terlibat.

"Lima penuntut dilaporkan mengalami luka ringan dan dirawat di wad pesakit luar, Hospital Sayed Galal, Kaherah manakala tiga lagi ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan lanjut," katanya.

Foto: Facebook EMM

Iklan

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT telah menyediakan sistem pembangunan data melalui inisiatif pembangunan sistem MyData@EducationMalaysia4U.

Pelajar digalakkan mengemas kini butiran diri dan pengajian mereka ke portal rasmi jabatan tersebut bagi tujuan capaian maklumat data jika berlaku kecemasan.

Iklan

Sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Education Malaysia Mesir di alamat:

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK),

26, Sabil Alkhazender St, From Abdou Basha,

Square, Abbasiah, Cairo, Arab Republic of Egypt.

Nombor telefon: +00 202 2487 3858

e-mel: em.mesir@mohe.gov.my