Banjir: JPN Sabah aktifkan Ops Payung bantu pelajar duduki SPM

Iklan

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengaktifkan Ops Payung bagi memastikan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya di kawasan dilanda banjir dapat menduduki peperiksaan itu dengan selamat.

Pengarah JPN Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, setakat ini calon SPM di negeri itu berada dalam keadaan selamat dan pihaknya sentiasa memantau situasi banjir di kawasan yang terjejas.

Iklan
Iklan

"Semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diarah melaksanakan Ops Payung semaksimumnya bersama rakan strategik JPN bagi memberi bantuan kepada pelajar SPM," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, JPN diarah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan SPM yang terjejas dapat menjalani peperiksaan dengan selamat dan kondusif.

Iklan

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah melaporkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 5,617 orang daripada 1,899 keluarga setakat 8 pagi ini dengan 39 pusat pemindahan sementara dibuka berbanding 4,383 orang daripada 1,475 keluarga malam tadi.

Peperiksaan SPM dijadual berakhir pada Khamis ini dengan subjek terakhir adalah Geografi Kertas 2 bermula 2 petang.

Iklan

Raisin berkata, rakan strategik JPN Sabah melibatkan agensi lain antaranya Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

Beliau berkata JPN akan memastikan semua pusat peperiksan tidak terjejas selain turut menasihatkan pelajar terutama calon SPM agar menjaga keselamatan diri lebih-lebih lagi di kawasan dilanda banjir.

Beliau berkata beberapa sekolah turut menjadi PPS di daerah yang dilanda banjir seperti Kota Marudu, Lahad Datu dan Sandakan.

"Semua pelajar serta petugas juga dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa ketika banjir," katanya.