Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM baharu! 'Beliau pernah galas jawatan Ketua Staf Markas ATM' - KPT

Iklan
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (kanan) menyerahkan surat pelantikan Arman Rumaizi baru-baru ini.

Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad dilantik Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke-8 berkuat kuasa 30 Januari lalu.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media, Arman Rumaizi memiliki Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Pengajian Pertahanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2012.

Iklan
Iklan

"Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.

"Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota dan Panglima Markas 2 Divisyen di Pulau Pinang.

Iklan

"Antara jawatan penting lain, Arman Rumaizi pernah menjadi penasihat ketenteraan kepada mantan Menteri Pertahanan dari 2014 hingga 2018," kata KPT pada Selasa.

Dengan pengalaman dan reputasi kepimpinan yang dimiliki Arman Rumaizi, KPT yakin yang beliau dapat meneraju dan memperkasa tadbir urus UPNM.

Iklan

"Diharap beliau dapat memacu pembangunan akademik dan penyelidikan berteraskan sains serta teknologi pertahanan bagi melahirkan bakat terbaik negara khususnya dalam sektor keselamatan.

"KPT turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Naib Canselor, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad atas jasa dan sumbangan beliau menerajui UPNM sebelum ini," maklum kenyataan media berkenaan.