Mahasiswa UPM kongsi ilmu teknologi grafik di Sekolah Tunas Bakti

Iklan
Sebahagian penuntut UPM yang terlibat dalam perkongsian ilmu berkaitan teknologi grafik Canva.

Seramai 40 penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pelbagai ilmu berkaitan teknologi grafik Canva kepada 28 murid Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, Selangor baru-baru ini.

Penganjuran program bertujuan memberi pendedahan kepada mereka tentang kesedaran penggunaan teknologi yang dapat membuka peluang kerjaya.

Iklan
Iklan

Tenaga Pengajar Bakti Siswa UPM (QKK2101), Ling Tian Wong berkata, program penting bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid agar mereka dapat membina kemahiran bersosial dan meningkatkan keupayaan seseorang.

"Ini sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan motivasi dan kemahiran komunikasi dalam kalangan remaja ketika proses pemulihan akhlak," katanya.

Iklan

Pengarah Program, Nurul Nadia Nasiman berkata, dengan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan, ia secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan sampingan yang menjurus kepada pembangunan nilai murni serta akhlak baik untuk memacu masa hadapan yang lebih baik.

Iklan