Teruja terima sumbangan kelengkapan sekolah baharu

Iklan
Sebahagian pelajar yang menerima sumbangan pakaian sekolah bersama Hafidzah (tengah) dalam Program Jom Ke Sekolah baru-baru ini.

Seramai 500 pelajar Kelantan dalam kalangan keluarga B40 membabitkan 10 mukim di sekitar daerah ini bersemangat kembali ke sekolah selepas menerima pakaian, beg dan alat tulis melalui Program Jom Ke Sekolah.

Sumbangan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama, Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim.

Iklan
Iklan

Penerima, Mohd Hafiz Syazwan Abdullah, 13, yang bakal memasuki Tingkatan Satu pada sesi depan gembira menerima kelengkapan itu kerana dapat membantu bapanya mengurangkan beban membeli pakaian baharu.

"Saya akan belajar di Sekolah Menengah Zainab 2 dan gembira menerima pakaian percuma ini.

Iklan

"Ibu dan ayah juga tidak perlu memikirkan lagi kos untuk membeli baju sekolah baharu saya," katanya.

Murid Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Ariana Qalisha Mohd Afandi, 10, juga bersemangat untuk kembali ke sekolah dengan pakaian baharu.

Iklan

Katanya, ibu hanya perlu membelikan peralatan menulis kerana dia sudah ada baju percuma.

"Alhamdulillah, saya gembira menerima pakaian sekolah ini dan semangat untuk memakai baju baharu," katanya.

Sementara itu, ibunya Asmidar Hasim, 33, berkata, sumbangan pakaian itu dapat meringankan bebannya kerana masih ada dua anak yang bersekolah.

Asmidar yang bekerja sebagai pewarna batik memberitahu, setiap tahun mereka terpaksa membelanjakan sebanyak RM400 untuk kelengkapan sekolah.

"Alhamdulilah, dengan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban saya dan suami membuat persiapan persekolahan anak-anak," katanya.