UPSI perluas rangkaian kerjasama pendidikan ke Banda Aceh

Iklan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalinkan kerjasama dua hala dengan Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry bagi menjayakan program Beyond Borders: Humanitarian Mission UPSI for Indonesia 2024.

Jalinan persefahaman dengan beberapa institusi pendidikan di Aceh adalah salah satu langkah universiti memperkasakan pengantarabangsaan pendidikan tinggi kedua-dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia.

Iklan
Iklan

Majlis permeteraian persefahaman (MoU) berlangsung di SD Negeri 29 Banda Aceh itu diwakili oleh Kepala Sekolah, Rohana M Pd dan Pengetua Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) UPSI, Dr Che Anuar Che Abdullah.

Tidak hanya di situ, satu lagi majlis MoU berlangsung di antara pihak UPSI dan SMP IT Alfarabi Bilingual School dengan tujuan meningkatkan kualiti pendidikan melalui pertukaran pengetahuan serta aktiviti akademik yang bermanfaat.

Iklan

Kerjasama ini melibatkan pemerkasaan dunia pendidikan dengan perkongsian pengetahuan dan kepakaran dari kedua-dua negara serta membina public relation melalui media sosial dan penglibatan mahasiswa.

Rohana menjelaskan bahawa senang untuk institusinya menjalinkan kerjasama antarabangsa khususnya dalam bidang pendidikan.

Iklan

Menurutnya, ia merupakan satu permulaan yang baik dalam memperkasa jalinan kerjasama yang unggul antara dua buah negara.

"Saya berharap agar hubungan ini terus utuh dalam usaha memartabatkan pendidikan antarabangsa.” katanya.

Selain itu, Kepala Sekolah SMP IT Alfarabi Bilingual School menyatakan persefahaman dua hala dengan UPSI adalah pilihan tepat untuk melestarikan budaya pendidikan yang baik sekaligus bekerjasama untuk meningkatkan perpaduan melalui jaringan media sosial.

"Diharapkan melalui persefahaman ini, dapat memperkaya pengalaman pembelajaran para pelajar dan meluaskan peluang untuk mereka mengembangkan potensi dalam persekitaran yang kondusif.

"Kerjasama ini juga diharap dapat memberi manfaat dalam memajukan bidang pendidikan khususnya dalam konteks pendidikan bilingual serta memastikan kelestarian budaya akademik yang cemerlang,” katanya.