Tuisyen: Pembelajaran alternatif luar sekolah

Iklan

Sesi akademik bagi 2025/2026 telah pun bermula sekali gus menimbulkan kegusaran ibu bapa apabila mendapati anak-anak tidak dapat mengejar silibus pembelajaran yang semakin mencabar.

Persaingan yang sengit dan keperluan untuk memperoleh keputusan cemerlang sesama pelajar menjadikan kelas tambahan berbayar atau tuisyen sebagai salah satu alternatif bagi membantu mereka meningkatkan kefahaman dan pencapaian akademik.

Iklan
Iklan

Ketika ini, mungkin ibu bapa sedang bertungkus lumus mencari pusat tuisyen terbaik buat anak-anak mereka.

Persoalannya, adakah kurikulum di sekolah tidak mencukupi sehingga ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke sesi pembelajaran di luar sekolah?

Iklan

Dalam kelas biasa, mungkin guru sukar memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap pelajar dalam satu masa.

Namun bukan bermaksud Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kelas tidak sampai kepada pelajar, sebaliknya timbul keperluan untuk mendapatkan ilmu tambahan atau sesi di luar bilik darjah bagi mempercepatkan proses pembelajaran.

Iklan

Sinar Bestari berjaya dapatkan respons guru, ibu bapa dan pelajar bagi menjawab persoalan ini.

Jom kita!