Platform pembelajaran antarabangsa di MSU

Iklan
Pelajar MSU bergambar kenangan ketika mengikuti GLP ke Kunming, China baru-baru ini.

Pendidikan berkualiti agenda utama lahir graduan holistik, berkualiti dan kompeten

Pendidikan berkualiti menjadi agenda utama MSU dalam melahirkan graduan holistik, berkualiti dan kompeten.

Terkenal dengan visi ke arah mencerna kecemerlangan dan kejayaan dalam kalangan graduannya, Management & Science University (MSU) telah melaksanakan pelbagai strategi khusus bagi mencapai matlamat tersebut.

Iklan
Iklan

Antara strategi MSU ialah inisiatif pengantarabangsaan yang mana institusi pendidikan itu menyediakan platform khusus kepada mahasiswa untuk mendapat pendedahan global melalui Global Mobility Programme (GMP), Global Leadership Programme (GLP) dan Global Internship Programme (GIP).

Penyertaan mahasiswa dalam program-program ini bukan sahaja dapat memperkasakan kemahiran insaniah tetapi turut memperkukuhkan lagi penghayatan mereka terhadap aspek keunikan sosial dan budaya, perkongsian maklumat dan kemahiran, sistem pembelajaran dan pengajaran, jaringan kerjasama, rakan-rakan baharu, khidmat komuniti serta sebagai 'duta kecil' negara.

Iklan

GMP membolehkan mahasiswa memperkasakan pengalaman global mereka dalam aspek akademik di mana terdapat 350 rakan universiti MSU di seluruh dunia sebagai pilihan bagi menimba ilmu.

Antara negara-negara terlibat ialah United Kingdom, Jerman, Australia, Jepun, Ireland, Korea Selatan, China, Kazakhstan, Turkiye, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, India, Indonesia, New Zealand dan lain-lain.

Iklan

Manakala GLP pula lebih berbentuk pendedahan mahasiswa MSU kepada program-program jangka pendek untuk mengukuhkan dan membina aspek-aspek kepimpinan mereka.

Program ini merangkumi penyertaan mereka dalam program khidmat sosial, lawatan sambil belajar serta perkongsian budaya yang dirancang dengan pelbagai institusi pengajian tinggi luar negara dan badan-badan global yang lain.

Seterusnya, GIP pula membolehkan mahasiswa MSU menjalani latihan industri di peringkat global sama ada bersama organisasi korporat, institusi pengajian tinggi, NGO, pusat penyelidikan, hospital serta industri hospitaliti.

Justeru, MSU telah memperkenalkan Scholarship for Mobility and International Learning Experiences (SMILE) sebagai inisiatif di bawah Yayasan MSU untuk menyokong dan memperkasakan program mobiliti tersebut serta memberikan akses yang lebih meluas kepada pelajar untuk terlibat sama.