Pelajar KKTM Kemaman ke Melbourne! 'Bangga bila anak-anak Malaysia ke luar negara' - Warga maya

Iklan
Adam Rifqi (tengah) antara anak muda yang berjaya menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang diminati.

Cantik perjalanan akademik pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Mekanikal), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman, Kemaman, Terengganu, Muhammad Adam Rifqi Che Razali ini.

Bermula dengan pembelajaran peringkat diploma di sini, Adam Rifqi kemudiannya berjaya menyambung pengajian ke RMIT University, Melbourne dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

Iklan
Iklan

Baru sahaja berlepas ke Melbourne Jumaat lalu, Adam Rifqi merupakan salah seorang pelajar yang telah membanggakan KKTM Kemaman dalam bidang akademik.

"Semoga Adam Rifqi terus cemerlang dalam pengajian dan meraih kejayaan gemilang.

Iklan

"KKTM Kemaman berbangga dengan pencapaian ini dan kami mendoakan yang terbaik untuk masa depannya," kongsi institusi itu di Facebook pada Ahad.

Menerusi hantaran sama, KKTM Kemaman turut memaklumkan pemergian Adam Rifqi ke RMIT University diiringi beberapa individu yang menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Iklan

Mereka ialah Timbalan Pengarah II, Cawangan Pengajian, Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, Ts Mohd Asmar Suid; Pensyarah Program Mekanikal, Shaik Syahman Shaik Abu Bakar; Kaunselor KKTM Kemaman, Nur Amalina Razali dan beberapa wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kolej kemahiran berkenaan.

Untuk info, RMIT University ialah salah satu universiti terkemuka di Australia yang berpusat di Melbourne, Victoria.

Ia diasaskan pada tahun 1887 sebagai Working Men's College oleh Francis Ormond dengan tujuan menyediakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kepada masyarakat.

Sejak itu, RMIT telah berkembang menjadi sebuah universiti bertaraf global yang menawarkan pelbagai program akademik dalam bidang inovasi, teknologi, seni, dan perniagaan.