7 pensyarah UiTM dilantik profesor dan pensyarah pelawat

Iklan
Tujuh individu yang telah mengharumkan nama UiTM Cawangan Perlis, dari kiri (atas), Shukor Sanim, Mohammad Hafiz dan Abdul Hapes. Manakala dari kiri (bawah), Noorfaizalfarid, Ray Adderley, Mohd Faris dan Muhamad Arif. Foto: Facebook Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik KPPIM - Perlis

Seramai tujuh pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis dilantik sebagai profesor dan pensyarah pelawat di Universitas Islam Riau (UIR), Indonesia berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Mereka yang terpilih terdiri daripada ahli akademik dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) iaitu Profesor Madya Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi sebagai profesor pelawat.

Iklan
Iklan

Manakala enam lagi individu iaitu Mohammad Hafiz Ismail, Abdul Hapes Mohammed, Ts Noorfaizalfarid Mohd Noor, Ray Adderley JM Gining, Mohd Faris Mohd Fuzi dan Muhamad Arif Hashim menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai pensyarah pelawat.

Kejayaan UiTM Cawangan Perlis menerusi pencapaian ahli akademik mereka, mendapat maklum balas positif dalam kalangan warganet.

Iklan

Nur Azfahani Ahmad di Facebook berkongsi pandangannya dengan memaklumkan bahawa UiTM Perlis memang hebat dan mantap.

Nancy Noemi Chiuh, Shafina Abd Rahman dan Azmahton Seroji pula merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pensyarah yang mendapat pengiktirafan dari UIR.

Iklan

Untuk info, UiTM Cawangan Perlis merupakan salah satu kampus cawangan UiTM yang memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan tinggi kepada pelajar Bumiputera, selaras dengan misi universiti untuk meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran teknikal rakyat Malaysia.

Terdapat pelbagai program pengajian yang ditawarkan di universiti ini antaranya Sains Gunaan, Kejuruteraan, Perniagaan dan Pengurusan, Perakaunan serta Sains Komputer.

UiTM Cawangan Perlis sering mengadakan program khidmat masyarakat, penyelidikan dan pembangunan keusahawanan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Ia juga menjadi pusat rujukan dalam bidang akademik dan teknologi di utara Malaysia.

Sehingga kini, universiti berkenaan terus berkembang sebagai sebuah institusi yang komited dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.