Pensyarah IKM Johor Bahru sanggup korban masa, tenaga & air mata demi anak didik!

Iklan
Shamshul Annuar (kiri) sentiasa memberi kata-kata semangat kepada Haziq (kanan) supaya terus berusaha untuk mencapai kejayaan.

"Jasamu akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih Tuan Shamshul Annuar Ruslan."

Demikian tulis warganet di ruangan komen susulan perkongsian Nor Shazwani Shamshudin pada Facebooknya baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Dalam catatan yang mendapat ratusan tanda suka dan komen itu, Nor Shazwani mengetengahkan pengorbanan seorang pensyarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru, Johor, yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kejayaan pelajarnya, bukan hanya dalam bidang akademik tetapi juga dalam kehidupan.

"Saya selalu berkongsi tentang pelajar saya, Muhammad Haziq Lailla Zamri, 21, yang bakal mewakili Malaysia ke ASEAN Skills Competition (ASC) 2025 (bidang Electrical Installation) Ogos depan di Manila.

Iklan

"Namun di sebalik kejayaan demi kejayaan Haziq kecapi, pasti ada insan lain yang sanggup berkorban masa, tenaga, idea, air mata dan wang ringgit demi melihat anak didik berjaya,” tulisnya.

Menurut Nor Shazwani, individu hebat yang dimaksudkan olehnya itu dikenali sebagai Shamshul Annuar Ruslan.

Iklan

"Beliau merupakan pensyarah Jabatan Elektrik dan Jurulatih Negara yang diberikan tanggungjawab membimbing Haziq mempersiapkan diri ke ASC 2025.

"Ramai anak didik beliau telah menjadi orang hebat dan kompeten di industri. Antaranya ialah kontraktor elektrik muda, Hakim Awang yang menjadi idola pelajar - pelajar di sini,” ujarnya.

Ujar Nor Shazwani lagi, Shamshul Annuar bukan calang-calang orang.

"Beliau merupakan alumni IKM Johor Bahru, kemudian menyambung pengajian ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan bekerja di industri sebelum kembali ke Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebagai pensyarah," jelasnya.

Meninjau ruangan komen, keseluruhan warga maya bersetuju dengan apa yang dicatat oleh Nor Shazwani.

Rahim Selamat: Di sebalik pelajar yang hebat dan cikgu yang cemerlang, pasti ada seorang pengurus yang mempunyai visi, bijak merancang dan memberikan sokongan yang jitu.

Zul Khairi: Memang terbaik

Nurul Balqish Qisha: Rasanya masa dia hadap Haziq lebih banyak dari hadap anak-anak dia sendiri. Smpai muka pun nak sama. Memang hebat Jurulatih Negara ini.

Julia Art: Menjadi guru kena ada soul.