Yayasan Bank Rakyat sumbang RM40,000 bantu pelajar B40 di Beruas

Iklan
Syaiful Rizal (kanan) turut menyampaikan sumbangan kepada penerima sempena Majlis Perasmian Bantuan Persekolahan YBR di Dewan Inderawati.

Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Beruas memperuntukkan RM40,000 bantuan persekolahan bagi tahun 2025 kepada 400 orang pelajar di kawasan Parlimen Beruas, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan tersebut diberikan kepada pelajar dalam kalangan keluarga B40.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sumbangan itu sebagai insentif tambahan dalam menyediakan peralatan persekolahan yang diperlukan sepanjang sesi pembelajaran dijalankan.

"Bantuan ini merupakan tanda kasih sayang YBR dalam menyantuni mereka yang memerlukan dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar sekolah untuk mendapatkan keputusan cemerlang serta mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung ibu bapa.

Iklan

"Diharapkan bantuan ini dapat membantu ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah yang perlu diganti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Bantuan Persekolahan YBR di Dewan Inderawati Beruas, Perak pada Sabtu.

Iklan

Majlis tersebut disempurnakan Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Azhar Ahmad di sini.

Hadir sama Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Azhar dalam satu kenyataan merakamkan penghargaan di atas sokongan berterusan oleh YBR dalam membantu golongan yang kurang berkamampuan khususnya dalam kalangan pelajar di sekitar Beruas.

"Saya berharap YBR akan terus maju jaya dan dapat membantu program-program yang berunsurkan pendidikan dengan lebih banyak terutamanya di sekitar kawasan Perak ini.

"Bantuan seumpama ini perlu bagi mereka yang berada di luar bandar untuk menarik minat mereka hadir ke sekolah," atanya.

Untuk rekod, sepanjang tahun 2024, seramai 31,865 pelajar sekolah telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.46 juta yang melibatkan 83 lokasi.