Pengalaman sukar dilupakan pensyarah UIAM sambut Ramadan di negara orang! 'Saya berpuasa lebih 19 jam'

Iklan
Ustaz Mohammad Baihaqi (duduk, dua dari kiri) bersama rakyat Malaysia yang beraya di Masjid Canterbury.

Setiap orang mempunyai cerita tersendiri apabila tiba bulan Ramadan.

Sama ada kisah itu manis atau pahit, ia tetap segar dalam ingatan dan menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Iklan
Iklan

Bagi Pensyarah Kulliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustaz Mohammad Baihaqi Md Yusnan, berpuasa lebih 19 jam di Maghribi dan United Kingdom (UK) satu ketika dahulu merupakan memori indah untuk dikenang.

"Ketika bergelar pelajar di Universiti Mohammed Al-Khamis, Rabat, Maghribi pada tahun 2011, saya perlu menjalani ibadah puasa yang panjang dan dalam musim panas.

Iklan

"Walaupun cuaca terik, kuliah pengajian dan Ramadan tetap berjalan lancar," katanya seperti dipetik portal tempatan.

Pada tahun kedua di Universiti Mohammed Al-Khamis, Ustaz Mohammad Baihaqi yang merupakan hafiz al-Quran lepasan Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan melahirkan hasrat mahu menjadi imam tarawih di UK.

Ustaz Mohammad Baihaqi

Iklan

Dengan doa berterusan, akhirnya impian beliau mahu bergelar imam tarawih tercapai apabila Masjid Canterbury menawarkan tempat selepas dia berjaya melalui proses temu duga.

Katanya, berpuasa di Maghribi (tahun pertama) dan UK tidak banyak perbezaan sepanjang keberadaannya di sana.

Ini kerana, kedua-dua negara berkenaan mengalami empat musim di mana siang pada musim panas lebih panjang berbanding malam.

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh kecondongan paksi bumi semasa mengorbit matahari yang menyebabkan variasi dalam tempoh siang dan malam sepanjang tahun.

Disebabkan puasa panjang, Ustaz Mohammad Baihaqi banyak menghabiskan masa dengan murajaah al-Quran dan melakukan beberapa persiapan sebagai imam tarawih pada malamnya.

Masjid Canterbury turut menjemput pimpinan agama lain untuk menjamu selera ketika umat Islam berbuka puasa. Foto: Facebook Canterbury Mosque

Selain itu, beliau mengambil sedikit masa dengan berjalan-jalan di sekitar bandar untuk menikmati keindahan negara tersebut.

Untuk info, Ustaz Mohammad Baihaqi merupakan pensyarah UIAM yang sangat aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan.

Beliau terlibat dalam pelbagai aktiviti antaranya program dakwah jalanan anjuran Persatuan Pelajar Kulliyyah Pendidikan (BEDSA) yang bertujuan melatih mahasiswa untuk melaksanakan tanggungjawab berdakwah kepada masyarakat bukan Islam.

Selain itu, Ustaz Mohammad Baihaqi turut aktif dalam penulisan akademik. Beliau telah menerbitkan artikel dalam akhbar tempatan dan jurnal akademik.

Komitmen dalam bidang pendidikan, dakwah dan penulisan mencerminkan dedikasi beliau dalam memperkaya ilmu pengetahuan dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.