Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, pusat beli-belah, IOI Mall Damansara mempersembahkan Raya Bersama Ejen Ali sebagai pelancaran besar pertama kompleks itu sejak pengambil alihan dan penjenamaan semula oleh IOI Properties Group.
Pelancaran itu secara tidak langsung menyantuni seramai 50 anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Rumah Juara dan Rumah Jagaan Kasih Murni untuk sambutan hari istimewa raya ini.
Dengan sokongan Golden Screen Cinema (GSC), mereka dapat menonton tayangan eksklusif Ejen Ali: The Movie sekali gus memberikan penonton muda lain pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Selain itu, ruang legar IOI Mall Damansara itu ditransformasikan menjadi makmal sains Ejen Ali yang berteknologi tinggi, mereplikasi babak-babak ikonik daripada filem berkenaan sebagai tarikan utama kemeriahan perayaan tersebut.
Pengunjung dapat melangkah ke dalam dunia Ejen Ali dan memulakan pengembaraan raya yang diinspirasikan daripada perisikan bersama aktiviti yang menyeronokkan, ruang permainan interaktif dan gerai-gerai perayaan.
Majlis pelancaran berkenaan dihadiri Ketua Pegawai Operasi Property Investment (Malaysia), IOI Properties Group, Chris Chong; Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima, Television Networks & Primeworks Studios, Nini Yusof; Ketua Pegawai Operasi, TV3 & Tonton, Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Amir Rasyidi; Ketua Pegawai Jenama WAU Animation, Fuad Md Din dan Ketua Pegawai Operasi TV8, Kevin Foo.

Dari Kiri: Sherry Choong (Pengurus Kanan, Pajakan , IOI Mall Damansara), Aileen Goh (Ketua Pajakan IOI Properties Group Berhad), Encik Chris Chong, Victor Chin (Ketua Pengalaman Digital), Lydia Soo (Ketua Pengiklanan & Promosi, IOI Mall Damansara) danEn An dan A/L Gopalan (Ketua Operasi, IOI Mall Damansara)
Selain itu, ruang legar IOI Mall Damansara itu ditransformasikan menjadi makmal sains Ejen Ali yang berteknologi tinggi, mereplikasi babak-babak ikonik daripada filem berkenaan sebagai tarikan utama kemeriahan perayaan tersebut.
Pengunjung dapat melangkah ke dalam dunia Ejen Ali dan memulakan pengembaraan raya yang diinspirasikan daripada perisikan bersama aktiviti yang menyeronokkan, ruang permainan interaktif dan gerai-gerai perayaan.
Antara anak-anak yatim sedang menikmati tontonan eksklusif Ejen Ali: The Movie.
Iklan