UTHM dianugerah Kursi UNESCO, bawa TVET ke peringkat global

Iklan
Pengiktirafan itu mengukuhkan lagi kepimpinan global UTHM dalam meneraju bidang TVET selain komitmen universiti terhadap penyelidikan, inovasi dan pembangunan mampan. Gambar kecil: Ruzairi Pengiktirafan itu mengukuhkan lagi kepimpinan global UTHM dalam meneraju bidang TVET selain komitmen universiti terhadap penyelidikan, inovasi dan pembangunan mampan. Gambar kecil: Ruzairi
Pengiktirafan itu mengukuhkan lagi kepimpinan global UTHM dalam meneraju bidang TVET selain komitmen universiti terhadap penyelidikan, inovasi dan pembangunan mampan. Gambar kecil: Ruzairi

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dianugerahkan Kursi UNESCO bagi TVET Educator Competence and Transversal Skills for Professional Development untuk tempoh empat tahun bermula pada 2025 hingga 2029.

Pengiktirafan itu mengukuhkan lagi kepimpinan global UTHM dalam meneraju bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain komitmen universiti terhadap penyelidikan, inovasi dan pembangunan mampan.

Iklan
Iklan

Kursi UNESCO adalah sebahagian daripada Program Kursi UNITWIN/UNESCO, yang bertujuan mempromosi kerjasama antarabangsa, perkongsian pengetahuan dan penyelidikan selaras dengan misi UNESCO dalam pendidikan, sains, budaya dan komunikasi.

UTHM menyertai kumpulan eksklusif yang menjadi salah satu daripada enam pemegang Kursi UNESCO dan yang pertama dalam TVET di Malaysia.

Iklan

Inisiatif selama empat tahun itu selari dengan Strategi Jangka Sederhana UNESCO 2022-2029, yang menyumbang terus kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan memfokuskan kepada kelestarian, inklusi gender dan transformasi digital dalam konteks TVET.

Bidang tumpuan utama di bawah inisiatif itu antaranya Program TVET Inklusif Gender bagi meningkatkan penyertaan dan peranan kepimpinan wanita dalam TVET; memperkasakan pendidik dan pengajar TVET bagi mengukuhkan keupayaan dalam pedagogi digital, etika dan pembangunan institusi; serta penyelidikan dan pembangunan TVET hijau bagi mempromosi amalan mampan dalam program latihan guru.

Iklan

Lebih membanggakan, Profesor Emeritus Dr Jailani Md Yunos telah dilantik sebagai pemegang Kursi UNESCO ini bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam TVET sekali gus mengetuai projek-projek berkaitan dan merancakkan kerjasama antarabangsa.

Sementara itu, Naib Canselor, Profesor Datuk Ir Ts Dr Ruzairi Abdul Rahim mewakili universiti berterima kasih di atas pelantikan tersebut dan kepercayaan yang diberikan.

"Kursi UNESCO ini mencerminkan dedikasi UTHM dalam membangunkan lagi pengetahuan dan inovasi demi masa depan yang lebih baik.

"Ia membuka peluang baharu dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi dan kerjasama global," katanya.

Kursi UNESCO akan menerajui pelbagai inisiatif termasuk perkongsian penyelidikan, program pemerkasaan komuniti dan program mobiliti akademik sekali gus meningkatkan profil Malaysia dalam pendidikan antarabangsa.

Pengiktirafan ini mengukuhkan peranan UTHM dalam dunia akademik antarabangsa sekali gus membantu mencapai misi dalam memacu kemajuan mampan melalui inovasi dan pembangunan profesional.