MSU lancar program Ihya' Ramadan 2025

Iklan

Misi institusi itu semarakkan suasana berpuasa warganya

Dalam menerapkan tradisi merai dan menyemarak bulan Ramadan 1446 Hijrah dengan pelbagai aktiviti bermanfaat dan berimpak tinggi, Management and Science University (MSU) menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Program Ihya’ Ramadan 2025 di Dewan Canselor di kampus induk MSU, Shah Alam.

Hadir melancarkan program Ihya’ Ramadan MSU 2025 ialah Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Iklan
Iklan

Turut hadir Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid dan pengurusan kanan MSU serta majlis dimeriahkan dengan kehadiran 2,500 warga MSU.

Terdapat lebih daripada 300 aktiviti dirancangkan sepanjang Ihya’ Ramadan MSU 2025, di mana ia dilaksanakan melalui kerjasama antara Jabatan Pembangunan Pelajar & Kerjaya (SCD), fakulti, jabatan di MSU dan Kolej MSU.

Iklan

Aktiviti-aktiviti ini mengangkat tema 'Satu Hari, Satu Kebaikan' atau One Day One Kindness (1D1K) bertujuan memupuk warga MSU yang cakna kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Inisiatif ini juga menekankan penerapan budaya 'Memberi dan Bersyukur' atau Giving and Grateful (2G). Aktiviti itu dikategorikan seperti;

Iklan
  • Ramadan Care: Memfokuskan kepada perkara kebaikan, aktiviti kebajikan dan membantu golongan kurang berkemampuan.
  • Ramadan Share: Mengalakkan sikap dermawan, infaq dan aktiviti jalinan komuniti selari dengan budaya 2G.
  • Ramadan Vibes: Menyemarakan dan memeriahkan bulan Ramadan.
  • Ramadan Connect: Perlaksanaan aktiviti bersama komuniti sekolah, rakan industri dan pihak berkuasa.
  • Ramadan Recharge: Perlaksanaan aktiviti berbentuk pembangunan diri, penyucian jiwa serta kesejahteraan fizikal dan mental.
Aktiviti utama yang dijadualkan pada Ramadan ini termasuk iftar harian melibat 1,500 orang, agihan Zakat Yayasan MSU, bazar Ramadan, tarawih, dan qiamullail.