Inisiatif berimpak tinggi anjuran PUO

Iklan
Lebihan makanan yang diterima diasingkan dan dibungkus semula untuk diagihkan.

Bentuk sikap prihatin, kepentingan kebersihan dan urus sisa makanan dalam kalangan pelajar

Bazar Ramadan merupakan lokasi utama dituju masyarakat Malaysia berbilang bangsa berikutan menawarkan pelbagai juadah atau makanan.

Tidak seperti pasar malam, bazar Ramadan hanya muncul setahun sekali dan yang pasti juadahnya juga mampu menambat selera para pengunjung.

Iklan
Iklan

Namun, sedarkah kita, sisi kurang enak bazar Ramadan ini adalah berlakunya pembaziran makanan.

Sukarelawan pelajar PUO menerangkan tentang pengagihan lebihan makanan di bazar Ramadan.

Menyedari perkara itu, Politeknik Ungku Omar (PUO) menganjurkan program berimpak tinggi, My Save Food @ Bazar Ramadan, berlangsung selama tiga hari pada 4 hingga 6 Mac lalu, bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan peniaga dan pelajar.

Iklan

Program anjuran Pemuda Gema dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) itu bertujuan mengelakkan pembaziran juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Yang Dipertua JPP PUO, Muhd Bazli berkata, program itu secara tidak langsung mampu mengurangkan pembaziran makanan di bazar Ramadan, sekali gus membantu pelajar dengan menyediakan makanan berbuka secara percuma.

Iklan

"Ia juga memupuk amalan pengurusan makanan yang lebih berhemah dalam kalangan peniaga dan masyarakat.

"Saya melihat kegembiraan di wajah pelajar yang menerima makanan hasil program ini. Ia bukan sekadar mengurangkan pembaziran, malah membentuk sikap lebih prihatin dalam kalangan peniaga dan masyarakat sekitar.

"Program ini berperanan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan dan pengurusan sisa makanan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih lestari,” katanya.

Lebihan makanan yang diterima diasingkan dan dibungkus semula untuk diagihkan.

Melalui inisiatif itu, makanan dan minuman yang tidak habis dijual di bazar Ramadan dikumpulkan dalam dua sesi, iaitu pada pukul 7.15 malam serta 7.35 malam, sebelum disalurkan kepada pelajar yang memerlukan, khususnya dalam kalangan pelajar asnaf.

My Save Food @ Bazar Ramadan PUO bukan sahaja membantu pelajar yang memerlukan, malah turut memberi kesedaran kepada peniaga tentang pengurusan makanan dan kepentingan menjaga kebersihan bazar.