Salam lebaran daripada warga pendidik Malaysia

Iklan
Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan jiwa dan keberkatan yang tidak bertepi buat semua pendidik dan seisi keluarga.

Syawal disambut dengan penuh kegembiraan, diiringi tradisi kunjung-mengunjung dan pelbagai juadah istimewa yang melambangkan kekuatan ikatan kekeluargaan dan silaturahim sesama insan.

Namun, di sebalik keceriaan itu, setiap individu masih ada peranan dan tanggungjawab besar mereka dalam kehidupan, termasuk golongan pendidik yang memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda.

Iklan
Iklan

Bulan Syawal juga memberikan kesempatan kepada guru untuk mengeratkan hubungan dengan pelajar serta rakan sejawat dalam suasana yang lebih mesra dan harmoni.

Berikut himpunan ucapan hari raya guru-guru kepada seluruh rakyat Malaysia!

Iklan

1)"Awal Syawal rai kemenangan, Umat Islam saling berkunjungan, Tahmid bertukar erti ketenangan, Selamat menyambut hari lebaran." - Guru Perpustakaan dan Media, Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Usman Awang, Kota Tinggi, Johor, Mohamad Azizi Zambri Ilias

Mohamad Azizi Zambri

2)"Di hari yang penuh barakah ini, marilah kita bersyukur atas segala nikmat dan kesempatan yang ALLAH berikan. Mohon maaf zahir dan batin atas segala khilaf dan salah, baik yang disengaja mahu pun tidak. Semoga ALLAH menerima segala amal ibadah kita, melimpahkan keberkatan dan mempererat silaturahim di antara kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kebahagiaan dan kedamaian selalu menyertai kita semua." - Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, Nooraini Ahmad

Nooraini

Iklan

3)"Salam Aidilfitri buat semua guru dan murid SK Seri Kampung Tengah, Kluang dan rakan-rakan pendidik seluruh Malaysia serta semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Moga Aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat, kejayaan dan kenangan manis buat kita semua. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin." - Guru Bahasa Inggeris SK Seri Kampung Tengah, Johor yang merupakan Edufluencer KPM, Noor Halini Allias

Noor Halini

4)"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan lebih mengeratkan silaturrahim. Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan. Nikmati hari mulia ini dengan penuh kesyukuran. Berhati-hati di jalan raya dan selamat kembali ke destinasi." - Guru SK Abdul Samat, Klang, yang merupakan Edufluencer KPM, Mohd Haiqal Abdullah Chik

Mohd Haiqal

5)"Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar yang saya cintai. Semoga raya kali ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan kepada anda dan keluarga." - Guru SMK Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan, Zulhafizie Zulkifli

Zulhafizie

6)"Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua warga SMKA Wataniah. Semoga kita semua diberkati dan diberikan kesihatan yang berpanjangan." - Guru Bimbingan dan Kaunseling SMKA Wataniah, Jerteh, Terengganu, Fazliyatun Ismail

Fazliyatun

7)"Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua warga SMK Taman Yarl KL khasnya dan kepada seluruh warga KPM. Sepuluh jari disusun mohon maaf salah silap dan kekurangan. Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna buat semua. Selamat Hari Raya." - Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Taman Yarl, Kuala Lumpur, Hanani Yaakup

Hanani

8)"Salam Aidilfitri buat semua murid-murid SK Seri Setia Teluk Intan yang dikasihi. Semoga cuti perayaan ini diisi dengan kenangan indah bersama keluarga dan sahabat handai. Semoga Hari Raya Aidilfitri ini membawa kegembiraan dan keberkatan buat kita semua. Maaf zahir dan batin." - Guru Bahasa Inggeris, SK Seri Setia, Teluk Intan, Perak, Nor Nabilah Abdullatif

Nor Nabilah