Herbalife perkukuh kerjasama pendidikan pemakanan & sains sukan di Malaysia

Iklan
Atlet dan pelajar UiTM menghadiri sesi perkongsian ilmu yang dikendalikan oleh Dr Dana Ryan (tengah).

Herbalife, sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan serta kesejahteraan terkemuka memperkukuh peranannya dalam bidang kesihatan dan pemakanan di Malaysia.

Menerusi kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi tempatan dan badan profesional, Herbalife telah memberi manfaat kepada lebih 5,000 pelajar, atlet dan profesional kesihatan dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Iklan
Iklan

Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, Steven Ching berkata, pihaknya berbangga kerana dapat membina pakatan berteraskan wawasan bersama bagi mewujudkan negara yang lebih sihat.

"Kami komited untuk terus mendidik dan memberi inspirasi kepada masyarakat menerusi ilmu pemakanan berasaskan sains,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Herbalife bekerjasama dengan MASM dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM untuk memperkasakan jurulatih bola sepak Malaysia.

Iklan

Kerjasama dengan UiTM dan UPM alam bidang Sains Sukan

Sejak tahun 2021, Herbalife telah menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi memorandum persefahaman (MoU).

Iklan

Inisiatif ini memfokuskan kepada pemakanan sihat dan gaya hidup seimbang, termasuk kerjasama dengan badan seperti Institut Sukan Negara, Persatuan Perubatan Sukan Malaysia (MASM), dan Persatuan Sains Senaman dan Sukan Malaysia (MESSA).

Pada tahun 2022, Herbalife meluaskan kerjasama dengan memberi tumpuan kepada pendidikan pemakanan sukan untuk pasukan bola sepak profesional dan atlet pelajar UiTM. Sesi bertajuk 'Protein Soya dan Prestasi Sukan' yang dikendalikan oleh pakar Herbalife telah memberi manfaat kepada lebih 100 atlet dan profesional sukan.

Tahun 2023 pula menyaksikan kesinambungan melalui Siri Bengkel Sains Bola Sepak MASM. Ia melibatkan lebih 100 peserta termasuk pelajar, atlet dan jurulatih. Bengkel ini dikendalikan oleh ahli Lembaga Penasihat Kecergasan Herbalife dan Ketua Kekuatan dan Kecergasan LA Galaxy, Adam Waterson. Beliau berkongsi kepakaran dalam latihan prestasi elit dan teknik pemulihan.

Herbalife turut melancarkan Program Keusahawanan bersama UiTM yang memberi peluang kepada 80 pelajar mempelajari asas perniagaan dan pemakanan secara praktikal.

Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Profesor Madya Dr YM Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, menyatakan, kerjasama itu memperkasa pelajar dan atlet kami dengan ilmu dan kemahiran penting untuk cemerlang dalam bidang sukan serta meneroka peluang keusahawanan.

Pada tahun 2024, Herbalife meneruskan inisiatif ini dengan menjalin kerjasama baharu bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Webinar bertajuk Ketetapan Minda Atlet dan Latihan Berpandukan Data telah menghubungkan pelajar dengan pakar antarabangsa dalam bidang prestasi sukan dan pemakanan. Topik seperti penghidratan, pemasaan nutrien, dan teknik pemulihan turut dibincangkan.