Sukarelawan pelajar dan staf Universiti Putra Malaysia (UPM), Skuad Jiwa Putra @Skuad Ihasan Madani KPT melaksanakan Misi Bantuan Pasca Banjir selama dua hari di Kampung Masjid Pulau Pangkor, Perak baru-baru ini.
Seramai 33 sukarelawan universiti itu menyertai misi yang memberi fokus kepada kerja-kerja pembersihan kawasan komuniti terjejas.
Antaranya pembersihan rumah, membuang barangan telah rosak dan mencuci kawasan sekitar.
Tidak dilupakan tujuh pelajar antarabangsa seperti Iraq, Nigeria, China, India dan Bangladesh yang turut terlibat dalam misi berkenaan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sukarelawan UPM semasa meninjau kawasan banjir di Pulau Pangkor dan Manjung.
Beliau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk khususnya di Pulau Pangkor dan berharap kawasan-kawasan yang rosak akan mendapat tindakan positif.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Profesor Dr Arifin Abdu berkata, usaha pasca banjir tersebut bukan sahaja membantu penduduk kembali kepada kehidupan yang lebih selesa dan selamat, namun membentuk peribadi mahasiswa yang cakna, prihatin serta bersedia berbakti kepada masyarakat.
Menurut Arifin yang mengetuai kumpulan sukarelawan tersebut, pihaknya sentiasa komited untuk memperkasakan semangata sukarelawan pelajar kepada komuniti dengan slogan ‘Jiwa Putra’ yang diperkenalkan tahun lalu.
Penganjuran misi tersebut adalah usaha antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM, dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM.

Sukarelawan membawa barang-barang penting seperti penyapu, penyodok, berus, sabun dan sebagainya untuk membantu masyarakat terlibat banjir.
Antaranya pembersihan rumah, membuang barangan telah rosak dan mencuci kawasan sekitar.
Tidak dilupakan tujuh pelajar antarabangsa seperti Iraq, Nigeria, China, India dan Bangladesh yang turut terlibat dalam misi berkenaan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sukarelawan UPM semasa meninjau kawasan banjir di Pulau Pangkor dan Manjung.
Beliau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk khususnya di Pulau Pangkor dan berharap kawasan-kawasan yang rosak akan mendapat tindakan positif.
Ariffin (kiri), Zambry (tengah) bergambar bersama sukarelawan yang terlibat sebagai kenangan.
Iklan
Iklan
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Profesor Dr Arifin Abdu berkata, usaha pasca banjir tersebut bukan sahaja membantu penduduk kembali kepada kehidupan yang lebih selesa dan selamat, namun membentuk peribadi mahasiswa yang cakna, prihatin serta bersedia berbakti kepada masyarakat.
Menurut Arifin yang mengetuai kumpulan sukarelawan tersebut, pihaknya sentiasa komited untuk memperkasakan semangata sukarelawan pelajar kepada komuniti dengan slogan ‘Jiwa Putra’ yang diperkenalkan tahun lalu.
Sukarelawan turut membersihkan kawasan longkang di hadapan rumah.