Reka bentuk digital jadi taruhan Taylor’s College lahir graduan masa depan

Iklan

Taylor’s College terus memperkukuh peranannya dalam memacu inovasi pendidikan melalui pelancaran program Diploma Rekabentuk Digital (DIDD).

Program ini direka khas bagi memenuhi permintaan terhadap transformasi digital yang semakin pesat di Malaysia, selain melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal dan asas kepakaran digital bagi menghadapi ekonomi berasaskan teknologi.

Iklan
Iklan

Pengalaman pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan akses kemudahan canggih seperti makmal Taylor’s Virtual Online Future Technology dan Extended Reality (VORTEX XR) dan Studio Pemodelan 3D di kampus Taylor’s Lakeside.

Makmal VORTEX XR yang dilengkapi teknologi maya dan imersif, memberi peluang kepada pelajar untuk berinovasi dan meneroka pelbagai kemungkinan dalam dunia realiti lanjutan.

Iklan

Pelajar DIDD, misalnya, boleh menggabungkan objek dunia nyata ke dalam persekitaran maya menerusi aplikasi dan peranti Realiti Lanjutan (XR). Mereka juga mampu membina persekitaran Realiti Maya (VR) 3D dan XR berskala sebenar (1:1). Sumber teknologi ini memberi pengalaman praktikal dan kepakaran teknikal yang penting untuk berjaya dalam bidang media digital.

Program ini juga sejajar dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, yang menyasarkan pemupukan bakat digital dalam pelbagai sektor strategik negara.

Dari kiiri: Hijjaz, Chee Kong, Josephine Tan bergambar dengan rakan kerjasama daripada Virtualtech Frontier, Ethan Teng dan Nina Hayani mewakili iTrainKids Malaysia.

Iklan

"Kami teruja untuk menawarkan program Diploma Rekabentuk Digital bagi merapatkan jurang kemahiran kritikal dalam industri digital dan kreatif yang pesat berkembang di Malaysia,” kata Pengarah Kampus Taylor's College, Josephine Tan kepada Sinar Bestari.

Tambah beliau, kurikulum progresif Taylor’s College menggabungkan pendekatan praktikal direka untuk melahirkan siswazah yang bukan sahaja bersedia memasuki pasaran kerja tetapi mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan Malaysia sebagai hab digital global.

Peluang eksklusif WBL 20 minggu

Taylor’s College merupakan antara institusi terawal di Malaysia yang menawarkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) bagi program DIDD. Melalui modul WBL selama 20 minggu, pelajar berpeluang bekerjasama secara langsung dengan ahli akademik dan pemimpin industri.

Antara rakan industri yang terlibat termasuk CraveFX, FusionWorks, iTrainKids, Geek Fam, Cause Effect Consultants dan Virtualtech Frontier.

"Kerjasama rapat ini memberi kelebihan besar kepada pelajar kerana WBL membantu merapatkan jurang antara akademia dan industri. Kaedah ini juga menawarkan bimbingan berterusan daripada pakar industri, sekali gus memperkasakan pengalaman pembelajaran dan meningkatkan kebolehpasaran graduan,” jelas Ketua Pengajian Diploma dan Pendidikan Profesional Taylor's College, Ts Dr Wong Chee Kong.

Sesi demonstrasi Style-3DTM dan Lukisan Taman Zen dalam VR-Verse di Makmal VORTEX XR Taylor’s.

Sementara itu, semasa majlis pelancaran DIDD di Kampus Taylor’s Lakeside, sesi pengalaman imersif telah dikendalikan oleh Pengarah Program, Hijjaz Hamidi Abdul Aziz yang juga bekas pereka multimedia.

Jelas Hijjaz Hamidi, graduan DIDD berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk (Kepujian) dalam Media Kreatif dan Tahun Dua Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Ruang Interaktif (Kepujian) di Taylor’s University.

"Lebih membanggakan, sejak tahun 2021 hingga 2023, sejumlah 100 peratus graduan Diploma Taylor's College telah mencapai kebolehpasaran. Data itu adalah daripada statistik Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri," katanya.